in , ,

Xiaomi Mi 11 Rasmi Akan Dilancarkan Pada 28 Disember Ini

Pada awal bulan ini, Qualcomm telah mengumumkan cip Snapdragon 888 akan dimuatkan pada peranti andalan untuk tahun 2021.

Selepas dilancarkan, Xiaomi telah mengumumkan Mi 11 akan menjadi yang pertama dilancarkan dengan cip Snapdragon 888. Spekulasi sebelum ini menyatakan siri Mi 11 akan dilancarkan pada akhir bulan ini.

Terbaru, Xiaomi menerusi Weibo kini mengesahkan siri Mi 11 akan dilancarkan pada 28 Disember 2020.

Xiaomi Mi 11 Rasmi Akan Dilancarkan Pada 28 Disember Ini

Seperti yang didedahkan melalui poster, Mi 11 akan dilancarkan pada 28 Disember 2020, 7.30 malam. Bagaimanapun, syarikat itu buat masa ini belum lagi berkongsikan lebih lanjut mengenai spesifikasi yang bakal ditawarkan untuk barisan peranti Mi 11.

Terdahulu, Xiaomi Mi 11 dilaporkan telah dikesan melalui pangkalan data GeekBench. Menerusinya, ia memperlihatkan peranti ini dengan cip Snapdragon 888, Android 11 dan RAM 12GB.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PEKIN IBRAHIM

Filem SUATU KETIKA Lakonan Pekin Ibrahim Bakal Ditayangkan di Netflix

Tahniah! Nama Siti Nurhaliza Bakal Diabadikan di Walk Of Fame Adelaide