Seperti sejumlah jam tangan pintar lain, Mi Watch Lite turut boleh digunakan bersama Xiaomi Wear App, dan menyemak integrasi data untuk kesihatan anda, termasuk untuk menyemak pelbagai mod sukan. Xiaomi mengatakan ia menyokong 11 mod senaman – termasuk untuk larian, berenang dan pelbagai lagi.
Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah integrasi GPS bersama dengannya, selain kemudahan untuk menyemak tekanan udara.
Di Malaysia, Xiaomi Mi Watch Lite akan ditawarkan pada harga RM249 mulai 20 Disember 2020.
Sekiranya anda benar-benar ingin mendapatkannya, turut boleh menandakan kalendar anda, dan mendapatkan ia pada harga RM199 hanya pada 17 Disember melalui Lazada.
Xiaomi Mi Watch Lite Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM249
Xiaomi Malaysia telah mengumumkan satu lagi produk ekosistem baharu, Mi Watch Lite untuk pasaran tempatan.
Mi Watch Lite dilengkapi skrin bersaiz 1.4-inci dengan resolusi 320 x 320 serta 5 pilihan muka jam. Jam pintar ini menampilkan 11 mod sukan termasuk aktiviti berbasikal, berlari, berjalan, berenang, dan lain-lain.
Hadir dengan bateri berkapasiti 230mAh, jam pintar ini mempunyai jangka hayat sehingga 9 hari melalui pengecasan selama 2 jam. Mi Watch Lite ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau, putih dan merah jambu.
Jam pintar ini juga didatangkan dengan ciri pemantauan tidur, semakan altitud & tekanan udara, serta pelarasan kecerahan secara automatik. Antara lainnya adalah mempunyai sokongan GPS, Bluetooth 5.1 dan ketahanan air sehingga 5ATM.
Di Malaysia, Mi Watch Lite ditawarkan pada harga RM249 dan dijual secara rasmi bermula 20 Disember 2020 melalui kedai jualan rasmi Xiaomi di Lazada serta pengedar yang sah.
Sebagai tambahan, anda juga boleh mendapatkan Mi Watch Lite dengan harga RM199 melalui pra-tempahan di Lazada pada 17 Disember ini.