Xiaomi 11 Lite 5G NE merupakan telefon pintar 5G paling nipis dari Xiaomi. Ia hanya setebal 6.81mm sahaja. Beratnya pula hanya 156g.
Xiaomi 11 Lite 5G NE ditawarkan dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Snowflake White, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Truffle Black.
Ia juga juga dilengkapi dengan ciri-ciri premium seperti paparan AMOLED dengan kadar segar 90Hz serta audio Dolby Vision.
Xiaomi 11 Lite 5G NE dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G dengan capaian 5G.
Ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4250mAh serta menyokong pengecasan pantas 33W.
Sebanyak 3 varian ditawarkan untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE iaitu varian 6GB+128GB yang berharga RM1,199, bagi varian 8GB+128GB ia dijual pada harga RM1,399.00.
Xiaomi 11 Lite 5G NE mula berada di pasaran bermula hari ini (24 September 2021).
Xiaomi juga menawarkan hadiah eksklusif percuma yang bernilai sehingga RM338.00 pada hari pertama penjualannya hari ini.