Jika anda peminat setia drama bersiri hebat Indonesia, Wulan yang pernah mencetus fenomenanya tersendiri menerusi TV1 tahun lalu, kini anda berpeluang menyaksikan sambungan konflik menarik kisah wanita bernama Wulan ini mulai 13 Januari 2009.
Namun kini ianya akan bersiaran di TV2, Dunia Ria mengisi slot Sutera @ 2, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang.
Menerusi episod terakhirnya yang disiarkan 31 Disember 2008 lalu, penonton dapat menyaksikan kisah Wulan terhenti berlegar sekitar kisah konflik Wulan yang sudah pun menimang cahayamatanya hasil hubungannya dengan Budi, teman lelakinya terdahulu.
Ia menimbulkan situasi pelbagai daripada watak-watak penting termasuk penerimaan Awan, teman lelakinya kini terhadap bayi yang dilahirkan itu. Begitu juga konflik dilalui watak Budi, yang telah menikahi Aline dan hidup berumahtangga dengannya. Bagaimanakah penerimaannya setelah mengetahui bekas teman wanitanya itu melahirkan anak hasil hubungan sulit mereka.
Justeru kepada anda yang sebelum ini ternanti-nantikan konflik demi demi konflik dan kesudahan hidup wanita cekal dikenali sebagai Wulan ini diharap tidak melepaskan peluang menyaksikan sambungan drama bersiri hebat ini mulai 13 Januari 2009, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang menerusi TV2.
Wulan dibintangi Dhini Aminarti, Giovani L.Tobing, Alice Norin, Kinaryosih, Asmirandah, Rio Reifan, Shireen Sungkar, Cha Cha Frederica dan Aditya Herpavi Rachman.