WOWSHOP, saluran beli belah dari rumah kesayangan Malaysia, dengan berbesar hati melancarkan produk terbaharu untuk pelanggannya, iaitu set pinggan hidangan Le NONA. Koleksi eksklusif ini hasil kolaborasi sulung bersama program tv wanita paling unggul di Malaysia, NONA TV3, menampilkan motif mawar indah dengan kehalusan rekaan Eropah berkualiti tinggi.
Koleksi Le NONA membawa slogan “Sentuhan Elegan Cita Rasa Anda” yang membuka langkah penerokaan WOWSHOP kepada pasaran pinggan hidangan eksklusif yang menawarkan perkakas rumah kegunaan harian yang cantik dan berkualiti serta mampu meningkatkan gaya hidup pelanggan. Koleksi istimewa ini terinspirasi daripada aspirasi wanita di NONA, rancangan majalah wanita paling lama bersiaran di TV3 yang telah merakamkan seribu satu kisah kehidupan mengenai wanita dalam dan luar negara. NONA TV3 juga disenaraikan sebagai rancangan TV wanita Malaysia paling lama disiarkan oleh Malaysia Book Of Records pada 28 Ogos 2005, ketika sambutan ulang tahun ke-20 TV3. Sehingga kini, NONA terus memaparkan pelbagai topik inspirasi, daripada trend fesyen terkini hinggalah kepada makanan dan kesihatan, selain liputan hal semasa serta petua dan berita yang tular, agar golongan wanita mendapat maklumat terkini dan terhibur setiap petang Ahad.
Set pinggan hidangan Le NONA, dengan harga berpatutan, RM259 satu set, mengandungi 29 keping pinggan mangkuk kaca opal dengan reka bentuk eksklusif. Pelanggan juga akan menerima hadiah percuma satu set jag kaca dan cawan dengan rekaan menawan.
Set 29 keping ini merangkumi pinggan makan, pinggan lauk, piring sisi, mangkuk sup, pinggan hidang dan mangkuk utama. Set yang lebih kecil juga ada untuk koleksi ini. Keluaran Le Nona menampilkan reka bentuk bunga bulat yang halus dan direka dengan teliti dengan sentuhan sofistikated dan elegan untuk memberikan pengalaman menikmati hidangan dengan cita rasa tinggi.
Set ini juga menampilkan reka bentuk segi empat sama yang sepadan dengan tetapan meja persegi, memberi ruang datar maksimum serta direka sebagai pinggan hidangan yang mengagumkan. Reka bentuk segi empat sama adalah ciri unik yang membezakannya dengan rangkaian pinggan mangkuk biasa yang dijual di WOWSHOP.
Set pinggan hidangan Le NONA untuk 6 orang, diperbuat daripada kaca bajaan yang sangat tahan lasak, tahan lama serta tahan panas.
Setiap kepingan pinggan adalah ringan dan boleh disusun bertingkat untuk kemudahan dan penjimatan ruang. Mengulas mengenai koleksi Le NONA, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wowshop, Datin Norashikin Habibur Rahman berkata, “Kami sangat teruja dapat berkolaborasi dengan jenama yang begitu memberi inspirasi seperti NONA. Kami juga sangat berbesar hati dapat mengembangkan tawaran produk sedia ada kami dengan pelancaran set pinggan hidangan eksklusif Le NONA. Koleksi baharu ini menawarkan cara yang kreatif dan bergaya dalam penggunaan dan persembahan perkakas harian seperti pinggan mangkuk. Reka bentuk set ini diilhamkan untuk mempertingkatkan gaya hidup pelanggan kami serta memberi sentuhan eksklusif dan cantik untuk kegunaan harian di rumah dengan harga mampu milik tanpa kompromi terhadap kualiti.
Koleksi Le NONA akan ditawarkan di laman web WOWSHOP bermula 27 November 2022. Pelanggan WOWSHOP juga boleh menikmati penghantaran percuma dan pulangan tunai 5%. Di TV, pelanggan akan dihiburkan dengan pelbagai rancangan istimewa yang akan memperkenalkan koleksi Le NONA di saluran TV3 dan TV9 selain menawarkan diskaun hebat kepada pelanggan. Lokasi penerbitan Le NONA ditaja oleh Hotel Chow Kit dan kedai bunga Hobby Florist KL untuk hiasan bunga.
Pelanggan juga boleh menyaksikan bagaimana koleksi istimewa ini disajikan dalam rancangan NONA TV3 bersama pengacaranya Amyra Rosli serta menerusi segmen Air Tangan yang menampilkan set eksklusif ini bermula 27 November hingga 18 Disember 2022. Pengacara Nona akan berkongsi mengenai kediaman indah dengan variasi konsep dan idea serta memberikan pelbagai tip dan ilham untuk penonton. Segmen Air Tangan pula membawakan pelbagai resipi yang unik dan enak sambil berkongsi idea-idea menyediakan sajian enak, tip dan persembahan hidangan.