Justeru sebagai penutup tahun 2022 yang penuh suka duka ini, TV2 mengajak penonton berhibur dengan lapan tayangan program khas pelbagai genre termasuklah filem-filem dari beberapa negara.
Luangkan masa menyaksikan lima filem pelbagai bahasa iaitu “96” (25 Disember ini, pukul 10.30 malam), “Total Dhamal” (26 Disember ini, pukul 9.00 malam), “SPL II – A Time for Consequencess” (29 Disember ini, pukul 9.00 malam), “Dreambuilders” (30 Disember ini, pukul 9.00 malam) dan “Mr.Zoo: The Missing VIP” (30 Disember ini, pukul 10.30 malam).
Menanti anda termasuklah dua telemovie iaitu “Jalan Pulang” pada 27 Disember ini, pukul 9.00 malam, dan “Portal” (28 Disember ini, pukul 9.00 malam). Nantikan juga kemuncak sebelum menjelangnya tahun baharu 2023 iaitu “Konsert Minggu Ini Siti Nurhaliza” pada 31 Disember ini, pukul 9.00 malam.
Tonton filembertajuk “96” menceritakan kisah dua kekasih sekolah menengah bertemu di perjumpaan yang diadakan semula selepas 22 tahun dan mereka mengenang masa lalu ketika bersama. Lakonan mantap Vijay Sethupathi, Adithya Bhaskar dan Trisha Krishnan.
Menampilkan gandingan pelakon popular Ajay Devgan, Anil Kapoor dan Madhuri Dixit, saksikan filem “Total Dhamal” membawa kisah mengenai seorang lelaki yang bernama Guddu merupakan seorang penipu kecil-kecilan. Guddu bersama dengan rakannya bernama Johnny mendapat tip bahawa sejumlah wang besar sedang ditukar di bilik hotel.
Penggemar filem aksi penyiasatan usah ketinggalan menyaksikan filem “SPL II – A Time for Consequencess” lakonan berkesan Tony Jaa, Jing Wu, Simon Yam dan Jin Zhang. Ia membawa kisahh Kit, seorang pegawai polis yang sedang dalam operasi penyamaran dihumban ke dalam sebuah penjara yang meragukan di Thailand. Sewaktu dipenjarakan, Kit berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan organ yang didalangi oleh seorang warden penjara tersebut. Lalu apakah kesudahannya?
Seterusnya luangkan masa menonton filem animasi komedi kekeluargaan bertajuk “Dreambuilders” arahan Kim Hagen Jensen mengetengahkan plot watakMinna, seorang gadis muda telah menyalahgunakan keupayaan barunya untuk mencipta dan mengawal impian orang lain. Semuanya kerana dia mahu memberi pengajaran terhadap adik tirinya yang suka menyusahkannya.
Menarik dibawakan dalam filem Korea Selatan bertajuk “Mr.Zoo: The Missing VIP” lakonan Sung-Min Lee, Seo-Hyeong Kim, dan Bae Jeong-Nam, kisah seorang Ejen Keselamatan Negara dan Zoofobia Tae-ju tiba-tiba menerima kemampuan untuk bercakap dengan haiwan selepas kemalangan.
Sementara itu telemovie “Jalan Pulang” berkongsi ceritaRayyan dan keluarga baru berpindah ke kampung. Sikap Rayyan yang selalu leka dengan gajetnya menjadikan dia sombong dan tidak suka berkawan. Abu pula seorang anak yatim tetapi ceria merupakan penduduk asal kampung itu. Abu bersama Pian dan Gopal ingin berkawan dengan jiran barunya Rayyan tetapi tidak dilayan. Suatu hari, mereka semua menyertai Kem Bina Semangat. Rayyan, Abu, Pian, Gopal telah sesat di hutan. Mereka terpaksa bekerjasama untuk keluar.Ia menampilkan pelakonAdam Darwish, Razfareyza Fenge, Izz Anas Muzamil, Navien, Puteri Alani, dan Thaqeefah.
Ada juga telemovie “Portal” lakonan Zamarul Hisham, Aleeza Shadan, Zali Rusly, dan Nur Qistina Raisah, emasa bercuti bersama keluarga, empat sekawan telah menjumpai portal yang membawa mereka ke alam fantasi. Alam-alam yang mereka masuk ini terbentuk oleh mereka sendiri yang mencerminkan ketakutan, harapan dan impian masing-masing.
Sebagai penutup tirai tahun 2022, TV2 menyiarkan “Konsert Minggu Ini Siti Nurhaliza”, penyanyi nombor 1 negara dengan vokalnya yang mantap dan hebat. Konsert kali ini membawakan seleksi hits beliau sepanjang penglibatannya dalam industri muzik. Konsert Minggu Ini bersama Siti Nurhaliza ini turut mengundang Kmy Kmo dan Luca Sickta sebagai tetamu jemputan.