Membawa bersama tema “Di mana Industri Bola Sepak Asia Bertemuâ€- WFSA merupakan satu acara bertaraf antarabangsa untuk industri bola sepak Asia di mana tokoh-tokoh berpengaruh menjadikan platform untuk membincangkan topik berkaitan dan juga menjana peluang perniagaan.
Dijadualkan pada 29-30 April 2019 di Kuala Lumpur, persidangan ini merupakan pentas terbaik untuk syarikat dan organisasi bagi merapatkan diri dengan nama-nama elit dalam industri bola sepak, sekaligus membuka ruang kepada peluang perniagaan dan rangkaian yang lebih meluas.
Terdapat tiga pas berbeza yang membolehkan akses ke persidangan ini iaitu Pas Korporat dengan harga US$ 1000, Pas Perwakilan pada harga US$ 699 dan Pas Pelajar berharga US$100 yang hanya terhad kepada 100 pemohon.
Pemilihan Malaysia dan Asia sebagai tuan rumah buat julung kalinya biarpun acara antarabangsa ini diadakan setiap tahun di Madrid selama tiga tahun sebelum ini membuktikan bahawa bola sepak adalah sukan nombor satu di rantau ini.
Biarpun terdapat negara lain seperti China, Qatar dan India yang turut melakukan bidaan untuk menjadi tuan rumah, Retro Minds Network Sdn Bhd (syarikat milik Malaysia) berjaya memenangi hak sebagai tuan rumah WFSA untuk 10 tahun akan datang. Sudah pasti, ianya akan mengembangkan jenama di seluruh Asia.
Objektif utama sidang kemuncak ini ialah untuk mewujudkan hab bagi industri bola sepak Asia dan pada masa yang sama, menyediakan platform kepada pakar bola sepak untuk menambah ilmu, meneroka sesuatu yang baru, menjana peluang perniagaan menerusi kepelbagaian WFSA.
Pengarah WFS, Marian Otamendi yang hadir pada majlis pelancaran hari ini berkata, dia menghargai usaha penganjur dan tidak sabar untuk melihat penganjuran sulung WFSA di Malaysia tahun depan.
Marian berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana menjadi tuan rumah WFSA yang pertama tahun depan. Kami yakin bahawa Retro Minds serta rakan-rakan mampu untuk menganjurkan acara berkelas dunia.â€
“Dengan jumlah peminat yang besar, budaya bola sepak yang luar biasa dan bersemangat profesional, prospek bola sepak di Asia sangat besar. Saya yakin perwakilan WFS dari seluruh dunia akan memperoleh manfaat daripada perbincangan dan mewujudkan rangkaian yang lebih baik,â€katanya.
Encik Mohan Rajaratnam selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WFSA mengharapkan persidangan ini bakal memberikan impak besar kepada sukan bola sepak terutamanya di Asia.
“Sidang kemuncak ini yang diadakan di Asia akan mewujudkan satu peluang baru bagi pasaran Eropah untuk menembusi rantau ini. WFSA akan menyaksikan barisan speaker, organisasi besar yang mempunyai rangkaian tinggi dan peserta pameran hadir bersama-sama di bawah satu bumbung yang sama selama dua hari.â€
“Untuk membolehkan bola sepak terus berkembang, kita pasti memerlukan program seperti WFSA untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bola sepak dunia terutama dari segi penajaan, perpindahan pemain, hak media dan sains sukan serta banyak lagi,†kata Mohan.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang juga hadir ke Majlis Pelancaran WFSA berkata pihaknya menyokong penuh sidang kemuncak ini.
“WFSA datang tepat pada masanya. Di Malaysia, kita menyaksikan perubahan positif dalam arena bola sepak kita.â€
“Program seperti WFSA akan memudahkan profesional dalam bidang ini untuk lebih dilengkapi dengan pengetahuan yang relevan, memahami amalan terbaik dan membangunkan rangkaian perniagaan yang berkualiti,â€tambah Stuart.
Dalam World Football Summit pada tahun lalu di Madrid yang disertai oleh lebih 100 buah negara, antara sesi yang dibincangkan dalam kemuncak itu adalah seperti Cabaran dan Peluang Industri Bola Sepak di Asia,
Bagaimana Piala Dunia Rusia 2018 Berjaya, Transformasi Digital Dalam Sukan, Pengurusan Kewangan Kelab Bola Sepak dan banyak lagi. 2,000 perwakilan dijangka akan hadir ke persidangan sulung WSFA pada tahun depan.
Antara nama-nama besar yang akan memberikan ucapan semasa WFSA nanti adalah Presiden La Liga, Javier Tebas, Pengerusi Malaysia Football League (MFL), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Ketua Transformasi Digital dan Pegawai Inovasi FIFA, Luis Vicente.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook rasmi WFSA di https://www.facebook.com/worldfootballsummit/ atau layari laman web iaitu http://asia.worldfootballsummit.com.