Setelah sebulan single Semua Sudah dilancarkan di semua pelantar digital, kini Elizabeth Tan tampil dengan video muzik Semua Sudah yang bertemakan ‘Women Empowerment’.Â
SEMUA SUDAH adalah ciptaan komposer, penerbit dan rapper Alif, manakala lirik pula nukilan bersama Alif dan penyanyi yang senang disapa dengan panggilan Lizzy ini sendiri. Ini adalah pertama kali Lizzy bekerjasama dengan Alif yang sebelum ini menghasilkan banyak lagu hits untuk penyanyi seperti Zizan Razak, Kaka Azraff, De Fam dan Joe Flizzow.Â
Semua Sudah merupakan single kedua penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
Alif yang dikenali ramai menerusi gaya tersendiri dalam rentak ciptaannya, menggubah ‘Semua Sudah’ dengan menyuntik elemen kontemporari dan rentak hip hop yang catchy. Ditambah lagi dengan melodi yang mesra radio dan bait-bait lirik yang menggunakan bahasa yang mudah diingati, ‘semua sudah’ dijangka bakal mencuri dan mengikat perhatian pendengar.
Video muzik Semua Sudah arahan Hasif Hamid dan GHZMSN dan terbitan oleh Warner Music Malaysia ini telah mula disiarkan di saluran YouTube Warner Music Malaysia pada 11 Januari yang lalu dan kini telah mencecah hampir empat ratus ribu tontonan.
Melalui teaser video muzik yang dikongsikan Lizzy menerusi akaun Instagramnya, rata-rata peminat memberi respon yang positif terhadap video muzik ini dan Lizzy berharap agar video muzik Semua Sudah ini mendapat tempat di hati peminat dan dapat memberikan impak positif kepada seluruh wanita dan tidak merasakan diri mereka lemah.
Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei yang sedang rancak mengukir namanya dalam bidang lakonan ini turut menyifatkan bahawa single ini merupakan karyanya yang paling digemari.
Video Muzik Semua Sudah boleh didapati di saluran YouTube Warner Music Malaysia, https://youtu.be/71YF630JRGY