in

Wolfe Bowart: Menawan Generasi Muda Melalui Teknik-Teknik Old School

Kini, peluang untuk melihat anak-anak kita berseronok menikmati persembahan teatar badut atau persembahan boneka secara langsung agak tipis berbanding melalui media digital. Boleh juga dijangka hanya sebahagian kecil daripada anak-anak ini berpeluang untuk mengalaminya sendiri di luar negara disebabkan kemudahan digital seperti iPad.

Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIAF) bertujuan mencabar norma baru ini dengan mengundang penulis skrip / pelakon pentas Wolfe Bowart dengan skrip terbarunya Letter’s End untuk menarik minat kanak-kanak menerusi kaedah penceritaan “old school” ini.

shoveling

Dengan cara yang sama seperti LaLaLuna yang dipentaskan sewaktu Festival tahun lalu, Letter’s End merupakan persembahan pentas yang komposisi visual keseluruhannya digabungkan bersama teater badut dan sarkas, ilusi pentas, persembahan boneka, dan komedi fizikal bukan untuk kanak-kanak sahaja malah keseluruhan penonton tanpa mengira usia. Dalam temubual bersama Wolfe Bowart, kami bertanya kenapa dia memilih pendekatan ini berbanding monolog lisan untuk menyampaikan jalan cerita.

Menurut Bowart “Walaupun watak di dalam Letter’s End tidak bercakap, dia berkomunikasi dengan lenggok anggota badan, dan melalui musik, dan keajaiban teknikal teater, penonton akan faham apa yang ingin disampaikan oleh watak tersebut. Teknik pantomim secara tradisional telah digunakan untuk menggambarkan ilusi objek dan ruang. Contohnya, seorang lelaki terperangkap dalam kotak yang tidak kelihatan atau seolah-olah seperti sedang memakan epal. Dalam Letter’s End kotak itu adalah realiti dan epal yang dimakan betul-betul wujud”.

Yang lebih penting, pencalon Anugerah Helpmann® ini percaya tiada halangan dalam bertindak, walaupun dengan teks yang sangat sedikit, untuk memikat dan menarik perhatian kanak-kanak berbanding menonton cerita melalui skrin digital.

“…ia dipenuhi bayangan boneka-boneka, interaksi filem, keajaiban dan aksi sarkas – dan pasti dalam masa yang sama ianya melucukan dan mendebarkan…ini menjadikannya persembahan teater yang unik,” dia menambah lagi, “…dan disebabkan pengkisahan ini menggunakan ilusi pentas dan pertunjukan sarkas kamu akan terfikir, ‘Apa? Bagaimana dia lakukannya?’ ”

Bowart percaya persembahan secara langsung untuk menambat hati dan menghiburkan kanak-kanak tiada bandingannya. Ini adalah kerana penonton dapat berinteraksi terus dengan artis tersebut. Berdasarkan ulasan yang diterima, “kanak-kanak dijemput naik ke pentas dan terus diberikan bahagian dalam cerita tersebut. Ini sesuatu yang unik dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam bagi penonton.”

Dalam Letter’s End, seorang lelaki ditugaskan membakar di dalam relau api pakej dan surat yang tiada tuan atau penerimanya, satu tugas yang dilakukannya dengan teliti, sehingga sebuah anak patung beruang terjatuh dari sebuah bungkusan yang koyak. Sebuah memori terlintas di fikirannya. Tidak lama kemudian, lelaki itu mula membuka pakej dan surat yang lain, dan seluruh dunia yang mengkagumkan mula terbentang.

Letter’s End adalah kenangan yang tidak boleh dilupakan, penuh dengan kegembiraan dan daya tarikan semulajadi melalui interaksi manusia (dan bukan digital). Sesuatu yang mungkin kita ambil mudah begitu sahaja disebabkan kini terlalu bergantung kepada teknologi untuk menggalakan perasaan ingin tahu, pengembaraan dan kreativiti kanak-kanak.

Bowart menyambung lagi, “Saya amat teruja tatkala melakukan persembahan untuk orang ramai; untuk membuat mereka ketawa. Secara semulajadinya semua kanak-kanak suka bermain. Saya memiliki sebuah filem lama 8mm di mana saya berpura-pura menjadi pakar bedah. Saya berusia 6 tahun. Ianya sangat lucu dan membuatkan saya ketawa sehingga hari ini.”

Memanfaatkan kuasa imaginasi, Bowart ingin melihat pelbagai emosi daripada penontonnya dan dia merasakan jenaka dan gelak ketawa amat baik untuk jiwa dan rohani.

“Tahun lepas, saya membawakan LaLaLuna ke Malaysia dan saya mendapati semua penonton amat menikmati persembahan, bersantai dan bergelak ketawa! Maklum balas selepas persembahan sangat menginspirasikan saya.”

Agak sukar untuk merasa bosan apabila bersama lelaki yang sangat menghiburkan ini, di atas pentas mahupun di luar. Contoh, sewaktu berkongsi rutin hariannya, katanya dia akan bangun seawal 5 pagi untuk berlari sejauh lima batu, “saya akan bermeditasi selama dua jam dan kemudiannya menjadi sukarelawan di pusat komuniti tempatan untuk mengajar arnab-arnab ahli silap mata yang telah bersara untuk tidak lupa cara-cara melompat.”

Oleh itu, janganlah lepaskan peluang untuk menonton penulis skrip yang lucu dan terkenal ini mempersembahkan tayangan perdana Letter’s End di ibukota. Mungkin, hanya untuk 75 minit, abaikan gadjet anda, dan luangkan masa berharga dengan anak- anak atau yang tersayang, bergembira dan tumpukan sepenuhnya kepada persembahan yang dihidangkan untuk semua peringkat umur.

Pada tahun 2010, Letter’s End dicalonkan untuk Helpmann Award®, bersamaan dengan Olivier Awards, dalam kategori “Best Touring Production”. Tayangan Perdana Letter’s End telah dilangsungkan di Southbank Centre di kota London, iaitu sebahagian daripada “London International Mime Festival” – sebuah Festival terkemuka bidang seni teater visual kontemporari. Bowart juga telah berlakon bersama ahli-ahli teater tersohor Philippe Genty dan James Thiérrée di Festival Effervescence.

Letter’s End akan dipentaskan di Auditorium DBKL pada 30 September dan 1 Oktober. Untuk maklumat lanjut mengenai tiket Festival, layari www.DiverseCity.my.

Jump

MENGENAI FESTIVAL SENI ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
Dilancarkan pada tahun 2015, Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIAF) kini mula mencipta nama dalam bidang kesenian di persada antarabangsa dan merupakan sambutan tahunan. Diadakan pada suku tahun ketiga, KLIAF mengetengahkan penggiat seni yang berasal daripada pelbagai latar belakang, melibatkan pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Persembahan KLIAF juga dilengkapkan dengan bengkel serta aktiviti pendidikan.

KLIAF diilhamkan oleh DiverseCity, sebuah badan bukan kerajaan yang menerima dana daripada kerajaan, jualan tiket dan tajaan serta sumbangan daripada syarikat korporat, individu dan Yayasan Kebajikan. DiverseCity memberi peluang kesamarataan kepada penggiat seni yang ternama serta bakat-bakat yang mendatang. Festival ini juga dilihat mampu mengimbangi kebudayaan dan kesenian di peringkat dalam dan luar negara dengan kepelbagaian persembahan tradisional dan kontemporari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quill City Mall KL Lancar Kempen RASA SAYANG Sempena Sambutan Merdeka

12 Bintang Kembali Tunjuk Taring di Konsert Homecoming AF Pusingan 1