Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bersiri persilatan bertajuk “Wira Kasih” mulai bersiaran 10 Ogos ini, setiap Jumaat, pukul 11.30 pagi di TV2 yang menampilkan pelakon Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zul Yahya, Syafie Naswip, Z. Zambrie dan Zambri Osman.
Drama 13 episod ini pastinya menyuntik semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat terutama sepanjang sambutan hari kebangsaan ini. Kisahnya bermula atas tuntutan kerja, Zaki dan isterinya terpaksa menghantar dua anak mereka bercuti di kampung bersama datuk dan nenek mereka. Di sana Faiz dan Ain cuba untuk menyesuaikan diri tetapi mereka terpaksa menghadapi cabaran apabila terdapat budak kampung yang suka menganggu mereka. Satu hari ketika di kebun Faiz di datangi dua budak yang mengacau dia kebetulan dia menendang salah seorang sebelum cabut lari. Ain pula balik dari sawah setelah disengat ikan keli.
Faiz dan Ain berpakat nak balik ke Kuala Lumpur nasib baik Tok Pa sempat menghalang mereka. Tok Pa pula berhajat nak tolong Latif, kawan sekampungnya supaya cucunya Amira dapat bantuan kewangan apabila tiba masa pembedahan nanti.
Pada masa sama Tok Pa mengendalikan perguruan silat di kampong mereka pada sebelah malam. Isteri Tok Pa memujuk dia supaya menolong Midon menjadi anak muridnya. Midon menceritakan pada Ain kisah keluargannya yang sudah tiada. Faiz dan Ain pula di ganggu oleh budak kampung dan pulang dengan kesakitan. Nenek Faiz terpaksa merawat Faiz yang terseliuh. Midon merayu supaya Tok Pa mengambilnya selaku anak murid silat.Tok Pa teringat semasa gelanggang silat dia di bakar dulu. Tok Pa nekad membuka balik gelanggang silat di rumahnya.
Faiz dan Ain terus-terusan diganggu oleh budak nakal di kampung tu. Akhirny Midon diterima jadi anak murid Tok Pa. sementara itu Ain cadang nenek mereka buat kuih dan ikan pekasam untuk di jual bagi mengutip derma untuk adik Amira. Dalam perjalanan dari menangkap ikan keli Midon di kacau oleh budak budak nakal tetapi mujur Tok Pa sempat menghalau mereka. Cucu Tok Pa pergi rumah Midon untuk memberi sumbangan kepada Midon untuk pembedahan adik Amira.
Latif didatangi Salim dan anaknya yang tidak puas namun mujur Tok Pa cepat datang dan campur tangan. Tok Pa dah penat bermusuhan sesama sekampung. Tok Pa masih teringat masa dia berkawan dengan Salim ketika itu mereka amat rapat dan sama samabuka gelanggang silat. Tok Pa tak izinkan anak cucu dia masuk bertanding dalam pertandingan silat nanti.
Esoknya sedang mereka berlatih, Amira dibawa ke hospital kerana pengsan. Tok Pa bersimpati pada Latif dan kebetulan Faiz datang membantu menghulur sumbangan yang telah di kumpulkan. Midon pula terpaksa memecahkan tabung bagi membantu menjelaskan bil hospital. Sampai di rumah Pak Latif terkejut melihatkan keadaan bersepah di rumah. Midon beranggapan mak dia dah tak sayang mereka kerana dah 2 tahun tak balik rumah.Tok Latif sanggup bergadai untuk membiayai pembedahan adik Amira.
Tok Pa membawa Midon dan Faiz berlatih silat di sungai. Fadil mengesahkan jumlah hadiah sepuluh ribu. Pada mulanya Fadil tidak mahu memberi borang silat pada Midon, Faiz dan Ain kerana tak mahu mereka memenangi hadiah itu.
Anak-anak Zaki mula belajar silat untuk masuk pertandingan silat dan menang hadiah bagi membantu Amira.Pada hari itu Zaki dan isteri pulang ke kampong untuk menjenguk anak mereka. Tok Pa memberitahu Zaki yang dia telah mengajar cucunya bersilat. Tok Pa setuju mengambil tempat Midon bagi memenangi hadiah untuk menolong bantu adik Amira. Tok Pa memberi syarat memyempurnakan gerak dalam tari. Pak Salim pula datang rumah Pak Latif untuk meminta tolong ajar anak dia bersilat.
Zaki cuba membawa balik anak mereka ke kuala lumpur tapi mendapat bantahan anak mereka yang nak masuk bertanding. Pak Latif meminta tolong Zaki mencari Midon yang hilang entah kemana. Zaki membenarkan anaknya bertanding kerana kesian tengok apa yang berlaku. Apabila pertandingan bermula Midon dan Faiz berjaya melepasi lawan masing-masing dan meneruskan pada peringkat seterusnya.
Namun nasib tak menyebelahi mereka apabila Midon kalah. Apabila Pak Latif nak serah geran sebagai cagaran rupanya bayaran perubatan Amira telah di selesaikan. Mereka kemudiannya bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Midon menerima kepulangan emaknya setelah lama tidak balik rumah. Wadah meminta maaf pada ayahnya kerana telah lama menghilang diri. Midon mengucapkan terima kasih pada Ain dan Faiz atas segala-galanya.
Dalam perjalanan pulang berlaku kejadian yang tidak terduga apabila mereka dirompak. Tiba tiba Tok Pa datang melalui kawasan tu dan mereka keluar dengan pakaian silat yang di berikan pada mereka. Rupa-rupanya kejadian itu sudah dirancang. Namun siapakah yang bertanggungjawab?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.