Pada 26 Februari lalu, jam 2.30 petang, telah diadakan Majlis Pelancaran Album Winnie K di Baan 26, Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Setelah lama menanti, akhirnya penyanyi berbakat yang serba boleh, Winnie K telah menerbitkan Kau Ada Di Mana, album penuh bahasa Malaysia yang pertama. Winnie K (yang sebelum ini dikenali sebagai Winnie Kok di kalangan penggemar muzik Malaysia) pernah menghasilkan 3 buah album berbahasa Mandarin sebelum ini; Kau Ada Di Mana merupakan hasil terbitan syarikat rakaman Trinity Optima Productions dari Indonesia (syarikat sama tempat penyanyi popular Rossa dan band popular Ungu bernaung).
Telah beredar di pasaran negara jiran sejak Mac 2008, Kau Ada Di Mana akhirnya menemui penggemar seni tempatan mulai 26 Jun 2008. Bersandarkan single pertama “Kau Ada Di Mana” sebagai taruhan, Winnie K berharap dapat mengembangkan dan mengukuhkan bakatnya di persada seni tanahair menerusi album ini, yang mengandungi lagu-lagu ciptaan composer tersohor rantau ini termasuklah Ajai, Tam Spider, Cat Farish, Audi Mok, Nurul, Dewiq dan lain-lain lagi.
Bintang kelahiran program Asia Bagus ini mula mengorak langkah tatkala menjuarai pertandingan nyanyian itu pada peringkat bulanan, sekali gus meneruskan cabaran mewakili negara ke pertandingan akhir Asia bagus di negara matahari terbit Jepun pada 1993, di mana beliau berjaya merangkul tempat ke-3.
Winnie mula mencari perhatian tatkala dipilih untuk menghiburkan orang ramai pada majlis penutupan Sukan Komanwel di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 1998. Berbekalkan bakat semulajadi yang ada padanya, Winnie K mencuba nasib melalui sebuah single bahasa Malaysia “Kau dan Aku” pada tahun 2003 selepas 3 album yang berjaya di dalam pasaran muzik bahasa Mandarin tempatan.
Setelah lama menyelidik, akhirnya Winnie K berjaya mendapatkan formula yang segar serta komprehensif untuk album sulung bahasa Malaysia ini. Terdapat 12 buah lagu dimuatkan, di mana satu daripadanya merupakan minus one untuk single utama “Kau Ada Di Mana”.
Berikut disertakan track listing untuk Kau Ada Di Mana:
- Kau Ada Dimana – muzik & lirik: Dewiq
- Di Taman Magis – muzik: Tam Spider & lirik: Loloq
- Sampai Bila – muzik: Ajai & lirik: Nurul
- Kekasih Gelapmu – muzik & lirik: Yudis Dwikorana
- Cahayakan Cinta – muzik & lirik: Ajai
- Keakhirnya (featuring Cat Farish) – muzik & lirik: Cat Farish
- Untuk Kita Bersatu (featuring Shazee) – muzik: Soon Yi & lirik: Shah Shamshiri
- Excuse Me – muzik: Alex Farrugia & lirik: Shah Shamshiri
- Kehadiranmu – muzik & lirik: Ajai
- Tak Bisa Memilih – muzik: Audi Mok & lirik: Yudis Dwikorana
- Hatiku Tak Tahan Lagi (featuring Caprice) – music & lyrics: Cat Farish
- Kau Ada Di Mana (minus one)
Berteraskan irama yang segar dan rancak, lagu-lagu di dalam album ini pasti mengundang jiwa anda untuk turut menari bersama ketika mendengarnya. Kau Ada Di Mana, yang unggul dari Winnie K, edaran Warner Music Malaysia. Kini terdapat dalam bentuk CD yang berharga hanya RM 25.90; akan datang, dapatkan master tone dan ring back tone melalui maklumat yang dipaparkan melalui kulit album.
Sedikit latar belakang mengenai Winnie K:
Nama Penuh :Winnie Kok Mui Kuan
Nama Komersial: Winnie K
Tarikh Lahir : 16 March
Alamat : P. O. Box 12089, 50768 Kuala Lumpur
Hobi : Singing, Dancing, Travelling, Playing Piano & Playing Badminton
Penyanyi Kegemaran: Madonna, Alanis Morissette, Michael Jackson, Kylie Minogue and Etc
Pelakon Kegemaran: Tom Cruise, Julia Robberts, Will Smith And Etc
Warna Kegemaran: Pink, Baby Blue, White And Black
Muzik Kegemaran: Pop, R&b, Hip Hop, Rock, Jazz & Alternative
Makanan Kegemaran: Japanese Food, Cake, Ice-cream, Chocolate, Bread & Biscuit
Minuman Kegemaran: Milo, Yoghurt Drink, Milk, Fruit Juice & Soya Bean