in

Winner WorldStars Road To Hollywood Istana Budaya at TV2

WorldStars Road To Hollywood adalah sebuah program bagi pemilihan peserta-peserta yang bakal mewakili negara ke Hollywood untuk bertanding dalam The World Championships of Performing Arts (WCOPA), sebuah pertandingan seni persembahan pentas antarabangsa yang diadakan di Los Angeles, California,  Amerika Syarikat, disertai peserta daripada serata pelusok dunia dari pelbagai peringkat umur dan kategori pertandingan seperti nyanyian, tarian, lakonan dan modeling, instrumental dan variety act. Ia merupakan acara pertandingan persembahan pentas yang terbesar di dunia. 

Terdapat empat segmen iaitu segmen pertama mengenai kategori Vokal dan diwakili Noryn Aziz dan Iqwal. Manakala menerusi segmen kedua iaitu peragaan yang diserikan dengan kemunculan dua model terkenal iaitu Tengku Azura dan Zeia.

Kemudiannya program yang disiarkan sepanjang satu jam ini diisi dengan segmen ketiga membabitkan permainan alat muzik yang diwakili oleh pemuzik dari Istana Budaya sebelum menyusul segmen terakhir membabitkan kategori tarian dan diwakili oleh penari hebat dari Istana Budaya.

Program Worldstar-Road to Hollywood dilancarkan secara rasmi pada 10 Februari lalu oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada waktu itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Untuk makluman, Pertandingan Akhir Worldstars Road To Hollywood akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 3 Mei 2009, 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2, RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Esther Nyanyi Lagu Rihanna The Music

Artis Dua Beradik Tumpang Populariti Suami?