Terima kasih kerana anda semua menjadikan hari-hari saya lebih ceria dan lebih bermakna daripada biasa. Saya memang hargai sangat-sangat perhatian yang korang berikan.
Keduanya, terima kasih kerana menjadikan blog Sensasi Selebriti diangkat menjadi antara 10 orang pemenang dalam Advertlets Referral Contest dan memenangi wang tunai RM100. Saya menerima 145 klik hasil daripada usaha anda semua klik di pautan (link) Advertlets.
Yeay! Jadi, sebagai membalas jasa baik anda ini, saya dengan kerjasama Raden Pictures Sdn Bhd akan mengadakan Birthday Bash Party & gathering ToGether Gather Sensasi Selebriti kali ke-4 sambil menonton filem Kayangan di GSC Berjaya Times Square pada 11 Ogos 2007 (Sabtu) jam 12 tengahari. Sebanyak 25 goodie bag akan dihadiahkan kepada pembaca yang menyertai gathering kali ini. Namun, tiket wayang dibawah tanggungan anda seperti biasa.
Ketiganya, kepada pembaca yang tidak dapat menghadiri gathering ToGether Gather Sensasi Selebriti, anda masih lagi berpeluang memenangi tiket-tiket percuma untuk menonton filem Kayangan. dalam Peraduan Mari Menonton Filem Kayangan. Selain T-shirt eksklusif Kayangan dan barangan eksklusif edisi terhad, anda juga akan memenangi sekeping poster yang ditandatangani oleh para pelakon filem Kayangan.
Sila tunggu pengumuman dan senarai hadiah serta soalan-soalan yang perlu anda jawab yang akan disiarkan tidak lama lagi. Terima kasih kepada Raden Pictures Sdn Bhd atas kesudian menaja hadiah goodie bag dan hadiah untuk Peraduan Mari Menonton Filem Kayangan di blog Sensasi Selebriti. Bukan itu sahaja, Raden Pictures dengan murah hatinya bersetuju untuk membawa Budiey ke Roadshow Filem Kayangan di Pulau Pinang pada hari Jumaat ini sempena Festival Filem Malaysia yang ke-20. Jadi, kepada warga Pulau Pinang, jangan lupa… kita jumpa di sana ya!
Ke-empatnya, selain peraduan di Sensasi Selebriti, anda juga boleh memenangi pelbagai hadiah menarik dari Filem Kayangan dalam peraduan yang akan diadakan di laman web rasmi filem arahan Raja Ahmad Alaudin ini. Rajin-rajinlah untuk melayari: http://www.kayangan.com.my
Saksikan filem Kayangan yang akan ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 9 Ogos 2007.
KAYANGAN THE ROADSHOW
Prangin Mall Penang, 2.00pm, 4hb Ogos 2007
Carrefour Seberang Jaya, 1.00pm, 5hb Ogos 2007
Summit Bukit Mertajam, 4.00pm, 5hb Ogos 2007
Mydin Mall Subang Jaya, 3.00pm, 11hb Ogos 2007
Selayang Mall, 8.00pm, 11hb Ogos 2007
Terminal One Seremban, 3.00pm, 12hb Ogos 2007
City Square Johor Bahru, 4.00pm, 18hb Ogos 2007
Plaza Angsana Johor Bahru, 8.00pm, 18hb Ogos 2007
Festiee Street Mall Danga Bay Johor Bahru, 2.00pm, 19hb Ogos 2007