WINGS MENCIPTA SEJARAH MENGGUNAKAN LIVE STREAMING MENERUSI KONSERT OPERA HIDUP BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN DI ISTANA BUDAYA
KUALA LUMPUR: Wings bakal menjadi kumpulan rock pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi “LIVE†Streaming untuk konsert Opera Hidup yang bakal berlangsung pada 29 April hingga 1 Mei 2011 di Panggung Istana Budaya menerusi asyik.TV.
Menerusi teknologi ini, para peminat yang berada di luar Kuala Lumpur mahupun di luar Malaysia boleh menyaksikan konsert Opera Hidup ini secara “LIVE†menerusi internet tanpa perlu menghadirkan diri ke Panggung Istana Budaya.
Kelompok peminat Wings boleh menyaksikan konsert ini lebih dekat secara “LIVE†Streaming melalui kualiti HD yang menggunakan teknologi terbaru dengan harga semurah RM15. Selain itu, mereka juga akan disajikan dengan akses eksklusif klip-klip menarik sewaktu rehersal, belakang tabir dan juga temuramah bersama kumpulan Wings melalui pakej ini.
Pakej ini memberi peluang kepada peminat Wings dan juga kepada penggemar muzik rock tanah air untuk melihat sendiri kelainan persembahan yang bakal dibawakan oleh kumpulan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang melibatkan 43 pemuzik dan 16 orang penyanyi koir.
Penganjuran konsert yang julung-julung kalinya diadakan di negara kita ini amat dinanti-nantikan oleh peminat setia Wings. Jika anda di luar sana merupakan peminat setia muzik rock, marilah bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah 25 tahun Wings bergelar lagenda muzik rock tanah air. Untuk melanggan pakej ini sila layari – www.sayap2wings.com dan asyik.TV