in

Will & Kate The Malaysian Tour

WILL & KATE – THE MALAYSIAN TOUR

Kiraan detik ketibaan
Duke dan Duchess of Cambridge di ntv7

Masih ingatkah anda dengan lakaran peristiwa bersejarah, perkahwinan pasangan Diraja yang menjadi ikon dunia – Putera William dan Kate Middleton? Perjalanan kisah cinta romantis mereka telah menjadi tatapan masyarakat dunia tatkala acara perkahwinan pasangan Diraja ini yang dilangsungkan di Westminster Abbey pada tahun 2011 turut dapat disaksikan lebih 2.3 juta penonton di Malaysia melalui stesen TV pilihan ramai, ntv7. DAN kemudian, sebuah dokumentari khas William & Kate: A First Anniversary Celebration turut disiarkan pada 29 April tahun ini bersempena dengan ulangtahun yang pertama Pasangan Diraja itu.

Will & Kate - The Malaysian Tour (logo)

Kini, sekali lagi sejarah bakal dilakar dan dijangka memberi rakyat Malaysia sebuah lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila The Duke dan Duchess of Cambridge membuat lawatan mereka ke Malaysia, termasuk Kuala Lumpur dan Sabah, dari 13 – 15 September, sempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth.

Bagi menyemarakkan lagi keghairahan rakyat Malaysia menyambut kedatangan pasangan idol ini, SALURAN CERIA ANDA ntv7 telah menyusun pelbagai rangka promosi antaranya sorotan khas dalam rancangan temubual, program hal ehwal semasa, hebahan melalui platform laman sosial, serta rentetan klip promosi. Intiatif ini dicetuskan sebagai langkah promosi utama ntv7 melalui kempen Will & Kate – The Malaysian Tour bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk mengira detik ketibaan pasangan Diraja ini ke Malaysia bermula 1 September ini, iaitu 12 hari sebelum ketibaan mereka.

Selain itu, melalui laman social, komuniti Twitter di seluruh negara dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu “#mywillnkate” – dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan pasangan Diraja. Semua usaha ini juga akan disokong oleh Rangkaian TV Media Prima Berhad, TV3, 8TV, dan TV9 serta Rangkaian Radio, Fly FM, Hot FM, dan one FM.

Bermula 9 September, ntv7 akan menyiarkan beberapa siri dokumentari mengenai Keluarga Diraja serta kisah cinta Putera William dan Kate. Penonton juga akan dihiburkan dengan filem-filem menarik sepanjang tempoh pengiraan detik. Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, berita dan perkembangan terkini akan disiarkan dalam segmen edisi berita ntv7 termasuk 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September.

“Ia adalah salah satu detik yang bersejarah yang amat membanggakan bagi kami di ntv7 ketika dapat menyiarkan perkahwinan Will & Kate pada tahun 2011, yang mana telah berjaya menarik lebih 2.3 juta penonton Malaysia menonton pada masa itu. Berkat kejayaan itulah juga yang menyebabkan kami membuat keputusan untuk menyiarkan dokumentari khas – “William & Kate: A First Anniversary Celebration” bagi memperingati ulang tahun pertama mereka pada bulan April yang lalu. Sebagai tanda sokongan yang berterusan, adalah wajar bagi kami untuk terus mengambil inisiatif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama meraikan ketibaan Pasangan Diraja dengan kempen Will & Kate – The Malaysian Tour.”, kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Kami percaya, Will & Kate pasti mempunyai ramai peminat di Malaysia. Mereka bukan sahaja dikenali melalui kerja-kerja amal yang dilakukan oleh mereka, tetapi yang utama, mereka adalah ikon pasangan Diraja yang paling berpengaruh, umpama sebuah kisah dongeng yang kini menjadi kenyataan,” tambah Airin lagi.

Will & Kate

Penonton setia ntv7 juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan melalui sebuah kuiz “Watch & Win” yang akan dijalankan di bawah initiatif rangka promosi Will & Kate – The Malaysian Tour sebagai ucapan terima kasih kepada penonton setia Saluran Ceria Anda. Nantikan maklumat lanjut mengenai kuiz ini yang akan diumumkan tidak lama lagi, yang juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke -14 ntv7.

Selain daripada tatapan-tatapan yang menarik ini, ntv7 juga akan menerbitkan sebuah program khas, Will & Kate – The Malaysian Tour. Program khas ini yang akan disiarkan selama 1 jam akan melaporkan lawatan 3 hari Pasangan Diraja ini di Malaysia. Rancangan ini juga akan memaparkan temubual eksklusif dan sebalik tabir bersama pemenang pertandingan “The Ultimate Royal-Tea Competition” yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia. Pertandingan ini akan melihat dua pemenang bertuah memenangi peluang seumur hidup untuk bertemu dengan Pasangan Diraja di jamuan teh yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi itu. Peraduan yang diumumkan awal minggu ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia di mana setiap peserta perlu menghantar gambar digital mereka, kawan-kawan, mahupun keluarga yang sedang menikmati teh dengan cara yang kreatif. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 1 September 2012. Maklumat lanjut untuk menyertai pertandingan boleh didapati melalui laman sesawang Suruhanjaya Tinggi British http://ukinmalaysia.fco.gov.uk/en/ atau Facebook www.facebook.com / bhckl.

Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas Singapura yang dijadualkan pada 11 – 13 September. Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 – 18 September) dan Tuvalu (18 – 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952. Sebelum ini sambutan Jubli Perak Permaisuri dalam tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

Will & Kate (4)

Will & Kate (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adab-Adab Sambut Hari Raya

Dramatari Muzikal Aidilfitri di Sungei Wang Plaza