Sebelum ini, Sticker Store hanya terhad untuk pengguna di peranti mudah-alih sahaja, dan sukar untuk pengguna WhatsApp Web dan Desktop yang aktif gunakan Sticker.
Dengan pengenalan ciri baharu ini, pengguna WhatsApp di komputer boleh dengan mudah menambah koleksi Sticker mereka, dan menggunakannya dalam komunikasi.
Ciri baharu ini telah diperkenalkan pada WhatsApp Beta, dan dijangka diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.