in

What’s The 1 Thing That Matters To You?

What’s The 1 Thing That Matters To You?

Haaa, soalan ini biasa diajukan kepada Budiey dan Budiey rasa, korang pun selalu ditanya dengan soalan macam ni, betul tak? Kadang-kadang tu, soalan ni kita tanya pada diri sendiri sebelum buat sesuatu pilihan.

Kalau selalu ditanya pun Budiey tak kisah sebab soalan ini membuatkan Budiey berfikir apa yang lebih penting dan lebih utama dalam hidup ini.

Kadang-kadang kita lupa, kita leka, apa yang lebih utama untuk kita buat, untuk kita fokuskan. Kadang-kadang kita buat dan selesaikan dulu perkara yang remeh temeh dan meminggirkan perkara yang lebih penting.

Budiey percaya ramai antara kita yang mengatakan keluarga adalah sangat penting dalam hidup. Tak kurang ada yang mengatakan diri sendiri juga penting. Itu memang betul. Budiey pun sokong. Kita kena jaga diri kita dulu sebelum kita jaga orang lain. Itu tak klise. Sebab itu fakta dan kenyataan yang mana semua orang tahu tentang macamana nak jaga diri sendiri. Budiey beri satu contoh bila mana ada berlaku kecemasan atau kemalangan. Kita sudah tentu kena selamatkan diri kita, barulah kita selamatkan orang lain.

Nak tahu jawapan Budiey? Kalau tanya Budiey, pasti Budiey akan lebih penting keluarga. Contohnya, jika ada event dan pada masa yang sama, Budiey ada family gathering. Haa, mana satu Budiey pilih. Sudah tentu Budiey akan pilih gathering bersama family.

Jadi, Budiey nak tanya kepada anda semua, What’s The 1 Thing That Matters To You? Sila kasi jawapan di ruangan komen kat bawah. Opss, sebelum anda jawab soalan ini, apa kata, anda baca sampai habis entry ini.

allianz

Cakap pasal isu ini, beberapa hari lepas, Budiey ada ternampak di Facebook. Ini pautannya: malaysia.allianz-matters2me.com Budiey pun saje-saje bukak sebab tertarik dengan isu dan persoalan ini.

Budiey percaya masing-masing ada pendapat mereka tentang isu ini. Jadi, mungkin sebab itu Allianz mahu mengumpulkan semua pendapat dengan menyediakan platform ini untuk anda memberitahu, apakah perkara yang sangat penting dalam hidup kita. Samada keluarga, kewangan, diri sendiri, kerja atau kawan-kawan, itu terserah pada anda.

Budiey dah pun tak nak lepaskan peluang untuk menyuarakan pendapat Budiey dan sudah cuba menulis dan menghantar ayat ringkas di ruang yang disediakan kat laman ini.

allianz

Cukup mudah dan yang penting dalam tengok di laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twiter dengan hashtag rasmi: #matters2meMy atau #matterstomeMy . Melalui hashtag ini kita dapat lihat banyak sekali pendapat dan pandangan serta pendirian masing-masing tentang isu ni.

Selepas menulis apa perkara yang penting, anda juga perlu memuatnaik sekeping gambar yang melambangkan kata-kata anda itu.

Setiap penyertaan akan menerima payung PERCUMA dari Allianz. Sementara stok masih ada.

Budiey punya :

“Spending my time with my beloved wife & family. Sometimes hang out with friends at café.”

Okay, kemudian isi info details tentang diri anda dan klik SUBMIT. Tak sampai satu jam, gambar anda akan tertera di laman ini.

allianz

Oh ya, jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan anda yang lain, klik je butang SHARE.

allianz

Nak faham tentang apa yang Budiey perkatakan kat sini, anda boleh menonton video di atas dan di bawah entry ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abby Abadi Sah Bercerai Talak Satu

Astro Radio Shows The Waze To Beat Traffic