in

HBO ASIA Bawakan Pengalaman Realiti Maya WESTWORLD di Malaysia

HBO ASIA MEMBAWAKAN PENGALAMAN REALITI MAYA EKSKLUSIF ‘WESTWORLD’ KEPADA PEMINAT DI MALAYSIA DARI 18 HINGGA 29 APRIL

Tayangan Perdana Musim Ke-2 WESTWORLD Pada Masa yang Sama dengan A.S. pada Isnin 23 April pukul 9 pagi Secara Eksklusif di HBO

WESTWORLD Images and Trailers:

Watch the new Westworld Season 2 trailer here

Watch the new Westworld Season 2 teaser here

Take a peek into the Westworld Season 2 set with Set Decorator, Jules Ochipinti here

Bersempena dengan musim kedua siri WESTWORLD yang akan ditayangkan pada masa yang sama dengan A.S pada Isnin, 23 April pukul 9 pagi secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411 / HD 431), para peminat di Malaysia berpeluang merasai sendiri pengalaman siri drama WESTWORLD yang telah memenangi anugerah Emmy® ini di acara interaktif WESTWORLD dari 18 hingga 29 April.

Dipersembahkan oleh HBO Asia dengan kerjasama Astro, acara yang akan diadakan di Sunway Pyramid (Blue Concourse) ini menjanjikan pengalaman menarik kepada peminat, antaranya pengalaman Realiti Maya yang dibawakan khas dari A.S. Peminat akan berasa seolah-olah berada di dunia berbeza!

Sama seperti setiap pelawat yang tiba di pejabat Delos, perbadanan yang mencipta WESTWORLD, peminat akan diperkenalkan dengan seorang hos bersut putih. Mereka kemudiannya akan diarahkan memakai gogal Realiti Maya dan fonkepala untuk memasuki dunia interaktif yang penuh dengan kejutan!

Apabila berada dalam dunia Realiti Maya, peminat perlu memilih topi hitam atau putih, mencuba pakaian yang bersesuaian dan memilih senjata masing-masing (joystick dengan pemetik). Mereka kemudiannya akan melakukan aktiviti maya dalam dunia WESTWORLD seperti berlatih menembak atau berlawan dengan Syerif Pickett.

Peminat boleh merasai sendiri Pengalaman Realiti Maya WESTWORLD dari Isnin hingga Khamis, dan Jumaat hingga Ahad untuk pelanggan Astro yang mendaftar awal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/astrocircle.
*hanya untuk orang dewasa berusia 21 tahun dan ke atas

Acara WESTWORLD ini turut menampilkan aktiviti lain yang bertemakan WESTWORLD seperti Latihan Menembak, Permainan Ring Toss, pondok bergambar dan banyak lagi!

WESTWORLD kembali dengan musim kedua sebanyak 10 episod, pada masa yang sama dengan A.S., pada Isnin, 23 April pukul 9 pagi secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411 / HD 431) dengan ulangan pada pukul 10 malam di HBO; atau boleh disaksikan di Astro GO dan On Demand. Pelanggan juga boleh menonton musim pertama WESTWORLD sebanyak 10 episod pada setiap Sabtu di HBO bermula dari 24 Mac hingga 21 April ataupun di Astro GO dan On Demand.

 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Lancarkan Lagu Hebat Negaraku Versi Sendiri

BMW Motorrad Malaysia Menyemarakkan BMW Motorrad Nightfuel 2018