Sebagai pencetus trend dalam Makanan Berfungsi Khas, jenama tempatan Malaysia, WELLOUS telah menjemput Jack Lim untuk menjadi duta siri produk ternama kami, TIGROX. Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai kesihatan di kalangan rakyat Malaysia melalui mesej yang dapat menyentuh jiwa pengguna dengan memastikan kita sentiasa menjaga kesihatan walaupun ketika dilanda kesibukan dalam menjalani kehidupan seharian.
Rakyat Malaysia sentiasa berbangga dengan semangat ketekunan dan ketabahan yang ditanam di dalam diri masing-masing, tetapi ianya sangat penting untuk seseorang itu memberi perhatian pada kesihatannya sementara mencapai matlamat dalam hidup. Produk WELLOUS siri TIGROX diperbuat daripada ramuan yang dipatenkan, dan salah satu produk terkemuka pasaran kami adalah minuman botani cendawan susu harimau Tiger Milk King yang terkenal dengan manfaat kesihatannya dalam meningkatkan fungsi paru-paru dan pernafasan kita. Selain daripada manfaat kesihatan yang penting dan rasa yang menyegarkan, kami turut mempromosikan dan memperkenalkan khazanah negara kami kepada dunia.
Manakala IMUGLO, satu lagi produk dari siri TIGROX yang diperbuat daripada elderberi, membantu untuk meningkatkan sistem imun kita. Mengekalkan imuniti yang kuat adalah sangat penting terutama sekali bagi penduduk bandar hari ini kerana ia merupakan perisai perlindungan kesihatan kita dalam memastikan kita kekal cergas dan aktif.
Untuk memastikan dalam mencapai hasil yang terbaik dan juga sambutan yang hebat, WELLOUS telah mendedikasikan masa dan tenaga dalam menghasilkan satu video muzik khas untuk kempen istimewa ini. Antara sebabnya adalah kita sering mengabaikan gejala dan petanda bagi sesuatu penyakit, justeru itu, kami ingin menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan melalui lirik lagu dengan cara yang kreatif. Siri TIGROX ini dihasilkan berdasarkan keperluan rakyat Malaysia dari beberapa aspek kesihatan. Kami amat percaya bahawa menambah nutrien yang betul adalah langkah pertama dan terpenting untuk kekal sihat, dan dengan badan yang lebih sihat, kita boleh terus berusaha untuk mencapai pencapaian dan kejayaan yang lebih tinggi.
Dengan serangan pandemik covid yang melanda seluruh dunia ini, kita akhirnya mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang kepentingan dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Oleh itu, WELLOUS sangat komited untuk merumus dan menghasilkan lebih banyak makanan berfungsi untuk anda di luar sana, dan pakar perubatan profesional kami juga akan terus menyampaikan pengetahuan yang tepat untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat. Genap 5 tahun kami ditubuhkan, kami telah menyaksikan pelbagai testimoni sepanjang perjalanan dan kami rasa teruja serta tidak sabar untuk menjadi jenama kesihatan antarabangsa yang sentiasa menyokong dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat, dalam masa yang sama memperkenalkan jenama tempatan dan makanan berfungsi kami yang diperbuat daripada ramuan terkemuka tempatan dan antarabangsa ke negara luar. Akhir kata, untuk meraikan ulang tahun kami yang ke-5, WELLOUS turut memberikan hadiah lumayan bernilai lebih dari RM500,000 termasuk sebuah kereta mewah kepada pelanggan setia kami, untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook rasmi WELLOUS.