Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan upacara akad nikad bermula kira-kira jam 9.45 pagi, diikuti istiadat menyarung cincin yang dijangka berakhir jam 10.30 pagi.
Zara Salim Davidson mempersembahkan 11 pahar bingkisan perak dengan kemasan emas beralaskan baldu kuning dihiasi dengan ros putih kepada Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin pada istiadat Akad Nikah DiRaja di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, Bukit Chandan.
Bingkisan itu terdiri daripada tepak sirih perak kemasan emas, sirih junjung berjenjang lima, senaskhah Al-Quran, sejadah dan tasbih, sepasang persalinan berwarna firuz serta sampin tenunan Terengganu berwarna firuz dan ungu merah, satu set butang Baju Melayu perak bertatahkan permata biru kehijauan, dua helai kain batik sutera, seutas jam tangan, halwa berbentuk bunga mawar serta wajik, kek dua tingkat serta sebekas bunga rampai. Zara sah menjadi isteri Raja Dr Nazrin tepat 11 pagi selepas baginda melafazkan akad nikah dengan sekali sahaja di hadapan ayahanda dan bondanya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, serta 300 hadirin.
Istiadat Akad Nikah DiRaja itu disempurnakan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan Gelaran Raja Puan Besar Perak ke atas Zara diadakan esok manakala istiadat Persandingan DiRaja dan Santapan DiRaja pula bakal berlangsung Sabtu ini.
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin mengurniakan sembilan pahar Bingkisan Diraja bersadur emas dan beralas baldu kuning kepada Zara Salim Davidson pada a istiadat Akad Nikah DiRaja di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Bingkisan itu terdiri daripada tepak sirih berkerawang emas, sirih junjung tiga tingkat, satu set perhiasan diri merangkumi tiara, rantai, kerongsang dan anting-anting serta bunga rampai dalam lima bekas lilin berbunga kristal.
Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat , ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja. Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat.
Zara sah menjadi isteri Raja Dr Nazrin tepat 11 pagi selepas baginda melafazkan akad nikah dengan sekali sahaja di hadapan ayahanda dan bondanya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, serta 300 hadirin.
Istiadat Akad Nikah DiRaja itu disempurnakan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan Gelaran Raja Puan Besar Perak ke atas Zara diadakan esok manakala istiadat Persandingan DiRaja dan Santapan DiRaja pula bakal berlangsung Sabtu ini.Â
kredit: Bernama