Berkongsikan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi, Wawa berkata kelahiran kali ini lebih menyakitkan berbanding tiga anak yang lain.
“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi menahan sakit. Tak sampai hati nak kejut Aeril.. tunggu la sampai 5am. Sampai-sampai hospital dah 9cm. Lain macam sakit dia walaupun anak keempat. Nama belum ada, ada cadangan ke,” tulisnya.
Bagaimanapun, dalam perkongsiannya itu Wawa tidak memaklumkan mengenai jantina anak mereka.
Sementara itu, Aeril juga turut memuat naik gambar bersama anak keempatnya itu serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan proses bersalin dipermudahkan.