Budiey pun sebenarnya tak sangka episod pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit Wawa Zainal dan Aeril Zafrel belum habis setakat itu. Nampaknya, banyak lagi isu lain yang timbul. Sangat efisien kerja-kerja kewartawanan dari Team Berita Harian. Syabas diucapkan.
Menurut BPop, Wawa Zainal sebenarnya sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular. Wawa didakwa bertunang dengan jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents. Ketika itu, Wawa Zainal belum terbabit dengan mana-mana projek filem.
Menurut bekas tunang Wawa, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa. Majlis tunang Wawa dan Rashid berlangsung di Lahad Datu yang dibuat antara keluarga sahaja. Sementara mereka berdua berada di KL pada masa itu. Pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja. Orang luar tak tahu pasal perkara ini.
Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan di akhbar minggu lalu.
Tunang Wawa Zainal Buka Mulut
[dropcap]M[/dropcap]enurut BPop, bekas tunang Wawa Zainal yang kini bergelar guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah itu enggan membuka rahsia peribadinya bersama Wawa. Beliau tahu berita Wawa dan Aeril berkahwin pada Selasa lalu selepas mendapat tahu tapi beliau tak pedulikan pasal berita itu sehinggalah Wawa Zainal sendiri yang menghubungi Wawa pada pagi Rabu lalu. Ternyata, bekas tunang Wawa sangat terkejut.
“Sebenarnya, tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya berhenti menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur.”
Pengakuan Wawa, Berkahwin Dengan Aeril Tak Pulang Cincin Tunang
“Saya tanya dia, adakah betul dia dah kahwin dengan Aeril Zafrel dan mempunyai anak? Dia cakap, ya betul. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”
“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis.”
“Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan. “
“Saya terkejut bagaimana wartawan boleh menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan.”
Pernah Tak Suka Aeril
“Saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya pada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang berlakon dalam drama Klik bersama saya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril Zafrel.”
“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaku yang dibenci, dia hanya menangis saja. Bapa Wawa ada menghubungi saya pada Rabu lalu. Dia mohon maaf pada saya. Saya tanya, kenapa tak bagi tau pasal Wawa dah kahwin? Dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya orang di Lahad Datu, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangannya setiap bulan.”
Pertunangan Diatur Keluarga
[dropcap]M[/dropcap]ajlis pertunangan Wawa Zainal & Rashid diatur oleh keluarga, selepas bapa Wawa Zainal mendesak Rashid supaya bertunang dengan Wawa.
“Wawa pula tentunya bimbang apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami ada ikatan pertunangan. Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah saya beritahu jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa tersiar dalam blog hiburan, kami mula takut.”
“MIG tak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MIG menyediakan rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat lima waktu tak pernah tinggal. Saya tak mahu kehadiran saya sebagai tunangan Wawa diketahui orang sebab saya fikir Wawa baru saja nak menapak sebagai pelakon.”
“Sebelum ini, jika orang bertanya kepada saya, Wawa akan mengatakan kami ada tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah disiarkan dalam beberapa blog hiburan bersama gambar kami. Tapi, hakikat yang sebenarnya, Wawa adalah tuanng saya.”
“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat kerja mengajar di sebuah sekolah rendah di Tawau sehingga hari ini.”
Rashid juga mengakui dia sekarang masih bujang sehingga sekarang.
Budiey rasa berita Wawa Zainal berkahwin dengan Aeril Zafrel ketika bergelar tunangan orang ni akan menjadi topik hangat di pagi Ahad ini.
Maka benarlah gossip yang mengatakan Wawa Zainal dah bertunang yang disiarkan pada beberapa tahun lepas? Tapi Wawa tak nak mengaku dan kata, lelaki tu adalah saudaranya. Apa komen anda tentang perkara ini?