Nur Hawa Zainal Abidin, 32 tahun, berkongsi bahawa masalah kesihatan itu muncul setelah dia mengalami panas dalam, tetapi dia bersyukur masih dapat menjalankan ibadah bersama suaminya, Aeril Zafrel.
“Alhamdulillah, umrah selesai semalam. Pagi itu, saya rasa sangat sakit dan tak mampu nak bangun. Muntah darah pun berlaku, mungkin disebabkan oleh panas dalam.
– Wawa Zainal
Saya harap dapat banyak doa untuk cepat sembuh, supaya dapat melanjutkan umrah bersama-sama kumpulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya,”
Wawa juga berkongsi hasil ujian kesihatan Covid-19, Influenza A dan B yang semua menunjukkan negatif. Beliau menjalani dua kali pemeriksaan kesihatan kerana mengalami sakit sendi dan urat, dan bersyukur mendapati keputusan negatif.
“Mungkin keletihan disebabkan bekerja tanpa henti dan terus pergi ke Mekah untuk umrah. Badan sudah mencapai usia 30-an, tetapi rasanya seperti usia 20-an dan saya fikir boleh buat segala-galanya,”
– Wawa Zainal
Wawa Zainal bersama suami Aeril dan anak ketiganya, Ayya Soffya, berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu bersama-sama kumpulan usahawan yang banyak membantu perniagaan Wawa Cosmetic.