Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 28, berkata, mereka bukan sahaja sudah bergelar jutawan, malah kini turut berkongsi rezeki dengan orang lain. Pasangan ini ditemui pada Majlis Pelancaran Wawa Unicorn Kit Wawa Cosmetic di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 10 September lalu.
“Sudah tentu saya rasa bersyukur, tak dinafikan memang kami sudah berjaya mencapai beberapa juta. Kami dah rasa, sudah dapat dan mampu capai apa sahaja yang kami nak selama ini.
“Tiba masanya untuk kongsi rezeki dengan orang lain pula. Perasaan puas bila kami berjaya lahirkan dua orang jutawan kosmetik dan empat orang lagi akan menyusul jadi jutawan dalam tahun ini,”
– Wawa Zainal
Wawa dan Aeril mahu kongsi rezeki dan lahirkan jutawan baharu.
Dalam pada itu, pelakon filem 99 Kali Rindu ini berkata, banyak cabaran sepanjang tiga tahun membina nama dalam bidang perniagaan.
Katanya, pengalaman ditipu sebanyak RM100,000 oleh individu bergelar ‘Datuk’ juga menjadi pengajaran buat dia dan suaminya.
“Masa mula-mula memang susah, lebih-lebih lagi kami tiada ilmu perniagaan. Latar belakang keluarga juga bukan orang bisnes. Saya ambil masa tiga tahun untuk establish. Ia jangka masa yang panjang bagi saya.
“Saya juga pernah ditipu RM100,000 lesap sebab itu saya kurang percaya dengan individu berpangkat ni,”
– Wawa Zainal
Perasaan puas bila kami berjaya lahirkan dua orang jutawan kosmetik dan empat orang lagi akan menyusul.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjaya lakonan, Wawa mengakui rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran dan masih terbuka untuk menerima mana-mana tawaran berlakon.
Bagaimanapun Wawa berkata, keutamaannya terhadap bisnes membuatkan dia terpaksa melupakan bidang lakonan buat seketika.
“Bukan soal suami menghalang… cuma kalau ada tawaran berlakon dan jalan cerita yang bagus, mungkin saya akan ambil. Tak dinafikan, saya seronok buat bisnes sekarang ini dan pada masa sama tak boleh nak tinggalkan.
“Memanglah rindu nak berlakon tapi nak buat macam mana, kami perlu fokus dalam bisnes dahulu,”
– Wawa Zainal
Sumber: Mstar Online