Menurut pengasas Wawa Cosmetics, Wawa Zainal, pemilihan bahan aktif dalam produk ini bukan sahaja membantu melindungi kulit daripada ketidaksempurnaan malah menyelaraskan rutin solekan harian.
“Kami telah memilih SPF 35+ dan PA+++ kerana ia memberikan perlindungan muka terbaik. Ia tidak berminyak dan sangat ringan, menjadikannya selesa untuk dipakai sepanjang hari.
– Wawa
Pada masa ini, kami menawarkannya dalam bentuk ‘ringan’ dan ‘warna semulajadi’, tetapi memandangkan permintaan positif, kami merancang untuk mengeluarkan lebih banyak lagi pilihan warna,”
Tinted sunscreen juga mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih natural dan lembab. Hasil coverage yang ringan dan tidak memberi keradangan kepada kulit, tinted sunscreen sesuai digunakan setiap hari sebagai pengganti rutin makeup yang merenyahkan.
Wawa menekankan kepentingan menggunakan pelindung matahari sebagai langkah penting dalam penjagaan kulit wajah, terutamanya memandangkan iklim Malaysia yang panas.
“Wawa Sunscreen lebih jatuh ke dalam kategori penjagaan kulit, dan pada pendapat saya, pelindung matahari perlu digunakan seawal usia setahun dan setiap kali anda melangkah keluar kerana cuaca yang terik. Kulit sentiasa terdedah kepada sinaran matahari,”
– Wawa
Dahlia Rizal, yang dipilih sebagai duta jenama, dipilih dengan teliti kerana kecantikan dan kesetiaannya terhadap Wawa Cosmetics.
“Saya mengagumi kecantikan Dahlia, dan saya memutuskan dia adalah wajah yang sempurna untuk mewakili jenama kami, lebih-lebih lagi dia merupakan pengguna tegar Wawa Cosmetics.”
– Wawa
“Sebagai seorang wanita, saya menghargai melihat wanita cantik lain. Dahlia bukan sahaja cantik, malah dia juga berkolaborasi. Lebih-lebih lagi generasi muda menyukainya kerana penampilannya yang segar dan menarik,”
– Wawa
Artis solek terkenal Khai Baha menyatakan bahawa Wawa Tinted Sunscreen bukan sahaja menyembunyikan ketidaksempurnaan wajah tetapi juga memberikan perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB.
Semasa sesi solekan, Tinted Sunscreen SPF 35+ menambah dimensi tambahan dengan menawarkan litupan lengkap tanpa memerlukan sapuan asas.
CARA PEMAKAIAN
- Pemakaian moisturiser adalah sangat penting sebelum memulakan proses makeup. Gel-based moisturiser sesuai digunakan kerana ia berasaskan air dan dapat diserap dengan cepat.
- Dengan menggunakan jari yang bersih, pakaikan beberapa tompokan kecil tinted sunscreen diseluruh wajah dan leher. Produk hendaklah diratakan di kawasan hidung, dagu dan seluruh muka.
- Adalah disyorkan untuk menggunakan concealer untuk lebih coverage dan menutup dark circles serta parut jerawat. Selepas memakai tinted sunscreen, tunggu beberapa minit sebelum memakai produk-produk kecantikan lain.
Produk didatangkan dalam pembungkusan gradient merah gelap dengan cetakan jenama dan perincian bahan warna perak.
Setiap kotak datang dengan 20ml produk dan dua rona; Light dan Natural. Sesuai untuk pengguna di Asia Tenggara.