in , ,

Watie Tak Kisah Jika Netizen Selalu Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah

Usahawan yang juga bakal isteri pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Watie berkata dia mengakui kerap membaca komen-komen negatif daripada netizen namun tidak mengambil hati.

“Saya baca juga tapi dia macam angin lalu je. Bila kita tutup fon tu habis dah. Saya tak ambil hati pun,”

– Watie

Sering dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah, Watie berkata baginya dia hanya perlu mengambil kira pendapat bakal suaminya dan ahli keluarga lain.

“Tak tahulah, sebab kami tak pernah berbincang mengenai perkara ini dan mempersoalkan kenapa orang bandingkan saya dengan arwah, tak ada.

“Saya macam baca je tapi habis setakat di situ saja. Bagi saya, saya nak hidup bersama dia (Shuib) dan anak-anak. Jagi pada saya pandangan yang saya perlu ambil kira adalah daripada dia, anak-anak dan keluarga.

“Bagi saya, orang luar pnya pandangan tu tak penting sebab saya tak pernah fikir. Yang saya nak lalui kehidupan saya yang akan datang ni dengan keluarga dia dan saya,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAFIDZ ROSHDI

Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Untuk Dibicara di Mahkamah

Kisah Kembara Cinta Dalam Single Airliftz Berjudul Princess Bubblegum