in ,

Wati Merancang Mahu Kahwin Tetapi Dengan Siapa?

Pada jam 2.30 petang semalam (24 Februari 2009), telah berlangsung Majlis Sepetang Bersama Bintang Eksklusif Astro Megadrama dan Tayangan Perdana Suara Hati dan Rahsia Hati di Sultan Lounge, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Dalam majlis itu memperkenalkan dua bintang utama iaitu LIsa Surihani dan Farid Kamil.

Ramai pelakon drama datang, antaranya, Budiey sempat berbual dengan Wati, bekas anggota Elite yang kini giat aktif berlakon. Ini pertama kali Budiey bertemu dengan ibu kepada seorang anak lelaki ini. Dalam drama Suara Hati, Wati membawa watak seorang isteri bernama Sarah. Watak nampak macam jahat sebab takut suaminya dirampas oleh perempuan lain. Suami Sarah dilakonkan oleh Zamarul Hisyam bernama Aman. Drama arahan Faizal Ishak ini boleh ditonton mulai 16 Mac setiap Isnin jam 10 malam.

Perkembangan terkini Wati sekarang ini masih sibuk berlakon drama Sanggar Cinta Raudhah terbitan Suhan Movies, bergandingan dengan Zizan Nin, Aida Radzwill. Memang agak sibuk, mungkin kerana itu, Watie nampak seperti kurus dengan berat sekarang 52 kg. Tapi masa anak dara dulu, berat Wati 40kg! Sekarang menetap di Bukit Antarabangsa, Wati ingin terus berada dalam industri semampu yang mungkin.

Di samping berlakon, pelakon yang berasal dari Selangor ini tidak lupa dengan tanggungjawabnya menjaga anak lelakinya Afif Daniel yang berusia 5 tahun. Dengar cerita, Wati sekarang dalam perancangan untuk kembali berumahtangga. Namun, sekarang ini masih dalam peringkat mengenali pasangannya yang sudah 3 tahun berkenalan. Kalau ada jodoh, adalah. Orang dalam industri jugak ke? Jawab Wati, tidak… hanya orang biasa-biasa aje.

Plan masa depan, janda beranak satu ini ingin lebih maju ke hadapan, ingin buka bisnes restoran sebab di zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, Wati rasa takut dan perlu bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Setakat ini, Wati ada menolak tawaran untuk berlakon filem kerana bayaran tak begitu setimpal.

Selain Wati, drama Suara Hati dilakonkan oleh Intan Sarafina sebagai Asmara, Ezlynn sebagai Sheila, Zamarul Hisyam, Dalimawati sebagai Mak Ton, Megat Sharizal sebagai Sham, Riezman Khuzaimi sebagai Fendi, Farah Putri sebagai Atilia, Angah Raja Lawak sebagai Roy, Zarynn Min sebagai Asyura, Liza Shadan sebagai Kak Zah dan Amyza Adnan sebagai Miza. 

Jangan lupa tonton!

Menggayakan blaus putih dari ZARA

 “Aku dahagakan kasih sayang…”

 

Berdua lebih baik…

Bulan April nanti, Wati akan masuk 33 tahun… kita seusia, Wati!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zero To Hero Papar Aksi Pemanduan Lumba Kereta Rally

Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Valkyrie