in ,

Water For Life Anjuran PETRONAS Beri Nafas Baru

Bayangkan hidup kita tanpa air. Mmm… apalaa yang akan jadi agaknya ya? Mahu kebulur dan badan kering kontang macam rakyat negara-negara miskin. Minta dijauhkanlah dari bala kekurangan air ni. Ya, air adalah keperluan asasi yang sangat penting untuk kita. Tidak ada siapa yang boleh nafikan, keperluan air sama seperti mana kita perlukan makanan dan tempat tinggal. Kalau takde air, dah tentu kita juga akan ada masalah untuk mendapatkan masakan, betul tak?

Bayangkan pula jika hidup kita terpaksa berkongsi air telaga bersama dengan keluarga yang lain. Keadaan air pula sangat keruh dan tidak bersih. Itulah, anda bayangkan sendiri kekurangan yang dialami oleh penduduk Kampung Jemeri yang terletak di Kuala Rompin, Pahang ini yang sangat dhaif dan ianya perlukan bantuan masyarakat luar.

Water For Life Petronas

Water For Life Anjuran PETRONAS Beri Nafas Baru

[dropcap]A[/dropcap]tas kesedaran inilah, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan Program Water For Life (Air Untuk Kehidupan) dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kempung Jemeri, Rompin bagi membantu masyarakat Orang Asli di sini mendapat bekalan air yang bersih dan jernih.

Budiey rasa bertuah sangat kerana dijemput dan berganding tenaga bersama meringankan beban penduduk di sini bersama 40 orang pekerja Petronas dan beberapa orang media. Ini juga kali pertama Budiey dapat menjejakkan kaki di Kuala Rompin, Pahang. Kalau tak, memang tak merasa nak jalan-jalan ke sini.

Sebelum ini, Budiey difahamkan PETRONAS Dagangan Berhad telah melancarkan fasa permulaan untuk program Water For Life di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang untuk mendidik para pelajar dan komuniti di sekitarnya tentang pentingnya penjimatan air.

Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk program ini bagi memasang sistem penuaian air hujan di sekolah ini. Sekurang-kurangnya, pelajar sedar tentang kepentingan menjimatkan air untuk masa depan. Masyarakat juga perlu tahu apakah kesan yang akan berlaku apabila kita menghadapi masalah kekurangan air. Pendek kata, isu air adalah isu alam sekitar yang sangat kritikal sekarang ini.

Water For Life Petronas

Kesan yang Budiey dapat lihat, Program Water For Life ini telah menjimatkan bil air, tumbuhan dan pokok-pokok di sekolah pula nampak segar sebab cukup air dan tandas juga nampak bersih. Syabas buat PETRONAS Dagangan Berhad! Tidak sia-sia bantuan dihulurkan. Ada impaknya!

Kesan dari impak ini lah juga, semangat itu dibawa untuk menjayakan fasa kedua Program Water For Life di Kuala Rompin ini dan mengajar sesuatu kepada Budiey tentang rasa bersyukur kita mendapat bekalan air yang bersih.

Bagi Budiey sendiri, inisiatif yang diusahakan oleh PETRONAS Dagangan Berhad sangat murni dan harus dicontohi oleh semua syarikat. Sebagai seorang blogger pula, Budiey mengambil tugas ini untuk memberi sumbangan yang sekelumit ini untuk kesenangan masyarakat di luar bandar. Ye lah, mungkin kita tidak kaya dan tak ada banyak duit tapi kadang-kadang idea yang kecil dan kerjasama semua pihak untuk berganding bahu sekurang-kurangnya memberi satu impak yang besar dan penuh makna bagi seluruh penduduk.

Water For Life Petronas

Perjalanan kami bermula dari Menara Berkembar PETRONAS di KLCC ke Kuala Rompin, Pahang dengan menaiki bas yang dipenuhi beberapa kotak pakaian dan barangan keperluan asas turut dibawa bersama oleh rombongan PETRONAS Dagangan Berhad.

Kerana terlalu teruja dengan program ini, perjalanan selama lebih 5 jam itu tak meletihkan pun. Malah, Budiey tak sabar untuk bertemu dengan Orang Asli di Kampung Jemeri dan memberikan sepenuh tenaga bagi menjayakan misi program Water For Life ini iaitu memasang tangki air di kampung mereka seterusnya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang bersih.

Water For Life Petronas

Kami selamat sampai di Kuala Rompin lebih kurang jam 5 petang. Untuk mengumpulkan semula tenaga, kami bermalam dulu di Lanjut Golden Beach Resort dan program kami bermula pada awal pagi keesokan harinya.

Water For Life Petronas

Malam tu, kami dihidangkan dengan barbeque yang sangat enak. Kami juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan peserta yang datang dari PETRONAS Dagangan Berhad dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Water For Life Petronas

Seawal jam 6 pagi, Budiey dah bersiap-siap untuk turun bersarapan dan terus bertolak ke Kampung Jemeri, Rompin. Misi kami ialah memasang penapis air, pam air dan tangki air seterusnya menyalurkan air yang bersih itu ke rumah-rumah di sekitar kampung yang dihuni oleh lebih 500 orang.

Water For Life Petronas

Masa yang ditetapkan ialah selama 5 jam ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk melihat misi kami berjaya mencapai sasaran iaitu meningkatkan kualiti kehidupan penduduk kampung dengan menyediakan air yang bersih dan jernih. Ya, itulah matlamat program Water For Life ini.

Budiey difahamkan, sebanyak RM60,000 telah dilaburkan untuk merealisasikan program ini. Itu adalah satu jumlah yang besar dan kesannya memang memberikan kesenangan untuk tempoh masa yang lama. Kampung Jemeri ini dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Rompin antara kampung yang menghadapi masalah air yang sangat kritikal.

Water For Life Petronas

Sebelum sampai di Kampung Jemeri, Budiey dikhabarkan penduduk kampung yang terdiri dari 131 keluarga ini terpaksa berjalan kaki lebih kurang 400 meter untuk mendapatkan air dari telaga atau terpaksa mengangkut air sejauh 5km dari sungai yang berdekatan. Berbeza di bandar, penduduk kampung ini sangat sukar untuk mendapatkan air di mana hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang ada mata air. Maka, telaga dibuat pun di beberapa tempat dan ada kalanya sangat sukar untuk penduduk lain mendapatkan air. Jika ada air pun, keadaan air telaga ini sangat kotor dan sangat keruh.

Water For Life Petronas

Jam 8.45 pagi, program ini bermula dengan acara ucapan alu-aluan dari Pengarah Urusan PETRONAS Dagangan Berhad iaitu Encik Aminul Rashid Mohd Zamzam dan Tok Keria yang merupakan Tok Batin Kampung Jemeri serta wakil dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Menurut Encik Aminul Rashid Mohd Zamzam:

“Program Water For Life ini sangat bermakna untuk kita sebagai program asasi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan masalah untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Semoga selepas program ini selesai, keadaan penduduk di kampung ini sangat selesa dan tak bimbang dengan masalah untuk mendapatkan air. “

“Di bandar, kebanyakan kita tidak merasakan keperluan untuk menjimat air kerana bekalannya sentiasa ada. Tetapi tidak bagi masyarakat di luar bandar yang sukar mendapat bekalan air bersih. Melalui program ini, kita berhasrat untuk menangani masalah ini dengan mendidik masyarakat bandar supaya berjimat dalam menggunakan air di samping membekalkan air bersih kepada masyarakat luar bandar. Penting bagi kita mengambil kira sumber air tempatan kita dan menguruskannya dengan bijak.”

Water For Life Petronas

Acara turut diserikan dengan majlis perasmian program Water For Life yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan PETRONAS Dagangan Berhad iaitu Encik Aminul Rashid Mohd Zamzam dan Tok Keria. Acara diadakan berhampiran dengan sebuah tangki air yang lengkap siap dengan penapis dan juga paip. Perigi juga dibina untuk memudahkan sumber air diperolehi.

Namun begitu, air perigi ini masih lagi keruh. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya penapis air yang berkualiti dan tahan lama.

Water For Life Petronas

Kami dibahagikan kepada tiga buah kumpulan mengikut warna kain riben yang diikat pada tangan kami. Setiap kumpulan ada lebih kurang 6 orang dan kami perlu memasang tangki air di setiap 100 meter. Budiey menyarung riben biru dan ternyata, anggota kumpulan kami kelihatan gagah-gagah dan perkasa semuanya.

Water For Life Petronas

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing… semua membahagikan tugas masing tanpa banyak soal. Kerja semakin mudah bila semua orang kerjasama bersatu tenaga. Tangki air sebarat 50kg diangkat dengan mudah.

Water For Life Petronas

Tidak sampai 10 minit, kami berjaya memikul tangki air lebih kurang 300 meter dari lokasi khemah utama. Betullah kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh… kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, betul tak?

Water For Life Petronas

Sebelum memasang tangki, kami perlu menyalurkan paip ke tangki yang terletak 100 meter dari tempat itu. Setelah selesai, kerja-kerja memasang tangki dibuat. Kerja kami sangat mudah dan cepat kerana mendapat taklimat dan tunjuk ajar dari juru teknik program ini iaitu Mr. Karuna.

Water For Life Petronas

Dia ni memang orang paling penting dalam program ni sebab kalau tak ada dia, memang segala kerja pemasangan ni tak boleh nak jalan. Kalau nak tahu, Mr. Karuna ni adalah sukarelawan dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Misi kami dapat diselesaikan pada jam seawal jam 12 tengahari. Syukur segalanya dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Sebelum kami makan tengahari, semua yang terlibat bergambar beramai-ramai dengan penduduk kampung.

Sebagai kejutan, Tok Batin telah menghadiahkan satu frame gambar kepada PETRONAS Dagangan Berhad sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.

Jamuan makanan tengahari dihidangkan sebelum kami bertolak ke Kuala Lumpur.

Budiey sangat gembira dapat memberikan sedikit tenaga untuk kemudahan Orang Asli di Kampung Jemeri, Rompin. Di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PETRONAS Dagangan Berhad di atas jemputan.

Sampai di rumah, Budiey tak lagi guna air tak tentu hala dan membazir air lagi selepas teringatkan orang Kampung Jemeri yang sangat susah nak dapatkan air yang bersih.

Sekurang-kurangnya, kita sekarang bertuah atas segala nikmat-Nya di sini. Bersyukurlah.

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Water For Life Petronas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Drama Bersiri Korea Brain

AWIE

Gambar Sekitar Prebiu Media Teater SUPERMOKH Sebuah Muzikal