Kisah Diva bermula dengan watak Kartika yang merupakan seorang penghibur yang hebat dan disegani. Menubuhkan JIWA sebagai sebuah kumpulan yang dididik Kartika untuk ke peringkat antarabangsa adalah menjadi impiannya. Jerih payah membimbing JIWA membuatkan Diva menjadi sebuah kisah yang unik dan menghiburkan apabila dipertengahan perjuangan Kartika, niatnya untuk mengusahakan JIWA semakin diragui oleh JIWA sendiri.
Pengorbanannya dalam menjadikan JIWA sebuah kumpulan yang disegani tidak dihargai dan menimbulkan pelbagai isu. Sanggupkah Kartika meneruskan perjuangan murninya yang akhirnya ditemani dengan perasaan khianat dari anak didiknya sendiri?
KARTIKAÂ
Berusia lewat 20an dan merupakan seorang Diva dalam industri hiburan. Seorang penyanyi hebat dan baik budi pekerti. Bertubuh langsing, tinggi dan cantik membuatkan dia menajdi seorang selebriti yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat serata dunia. Hidupnya tersingkap kisah dan rahsia sedih yang tidak pernah langsung dizahirkan pada sesiapa. Kartika menemui matlamat hidup setelah dirinya disedarkan dengan peristiwa yang telah membuatkan dia terfikir. Dengan semangat yang cekal dan tabah, Kartika berjaya menemui penyelesaian konflik hidupnya.
ARMAN
Berusia lewat 20 an. Berjiwa kampung, bertubuh sedang, rupa paras menarik dan sentiasa berpakaian kemas bersama seluar. Lelaki jujur, memiliki perasaan kasih pada Kartika dari semenjak kecil. Walaupun dirinya sedar yang tidak akan dapat bersama dengan Kartika tetapi cintanya kekal ke akhir hayat. Berbudi bahasa dan seorang lelaki yang penyayang, begitu berhati-hati dalam memilih teman hidup. Arman memainkan peranan penting dalam menyatukan Kartika dan ibunya kerana Arman begitu arif dengan perasaan keluarga Kartika. Sesuai digambarkan sebagai seorang pencinta yang tulus dan penyendiri.
EJA
Berusia 19 tahun, penyanyi tradisonal, merupakan anak murid Arman. Memiliki perasaan cinta terhadap Arman. Seorang yang ego, berperangai sinis dan keras kepala kerana memiliki perasaan cemburu terhadap Kartika dan Arman. Niat Arman menyuruh Eja belajar dari Kartika supaya dia berjaya dan turut menjadi seorang Diva. Namun bakatnya yang unik dan rupanya yang cantik memberi pakej kepadanya untuk menjadi pengibur yang hebat. Memiliki Kartika sebagai mentor telah merubah Eja dari gadis kampungan kepada seorang penghibur yang bergaya dan menarik.
IBU NIKEN
Wanita berusia 50an yang merupakan ibu kandung Kartika. Walaupun usianya agak lewat Ibu Niken tetap tabah menempuhi hidup. Tidak dapat memaafkan Kartika di atas kematian suaminya. Walaupun Kartika seorang anak yang berjaya dan terkenal, dia tetap tidak dapat menerima Kartika kembali. Peristiwa dan kecekalan hidup membuatkan dirinya menjadi cekal namun disebalik kecekalan itu, dia masih merupakan seorang ibu yang penyayang yang masih merindui kasih sayang anaknya dan sentiasa mengimpikan hajat suaminya tercapai.
IDAYU
Idayu ialah pembantu peribadi Zack. She plays as the personal assistant to Zack. Merupakan seorang wanita yang menarik dan berpengaruh dalam industri muzik di Malaysia. Idayu dihasut oleh Zack supaya memujuk JIWA berpaling tadah terhadap Kartika dan bekerjasama dengan Zack.
IDITÂ
Remaja berusia 18 tahun yang pandai bermain piano serta memilik suara yang menarik. Akibat dari kemalangan jalan raya Idit secara tidak sengaja menjadi rapat dalam hidup Kartika. Merupakan seorang yang paling sensitif dan mudah tersentuh dikalangan rakan-rakannya. Tingkahlaku Idit terhadap Kartika mula berubah setelah mengetahui Kartikalah punca kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya. Mera merupakan teman hidup yang dirasakan sesuai dan ideal baginya dan mencintainya sepenuh hati. Perwatakan Idit membuatkan setiap gadis ingin memanjai dan membelainya.
JAYÂ
Jay berusia 20 tahun dan mahir dengan alat muzik tempatan. Merupakan seorang yang cekap dan mahir untuk setiap alat muzik yang diperolehi. Kepandaiannya yang lain ialah dalam mengolah rentak muzik untuk menjadi lebih menarik. Jay amat meminati Siska dan kebolehan dalam bermain alat muzik mengatasi kehebatan IQnya. Dia amat taat pada Arman sehingga membolehkan dia memberontak terhadap Kartika. Karakternya yang tidak ambil peduli dengan imej diri melabelkan dia sebagai seorang yang paling kasual dikalangan rakan-rakannya. Ini juga menyebabkan dia sentiasa terbelakang dari rakan-rakannya yang lain.
MERA
Gadis Indonesia berusia 17 tahun yang berpisah dengan ibu bapa untuk mencari rezeki. Suara indah Mera telah menambat hati Kartika dan merubah hidupnya dari gadis kampung yang ayu kepada artis popular yang bergaya dibawah bimbingan Kartika. Memiliki perasaan cinta terhadap Idit, merupakan ahli yang paling sederhana di kalangan rakan-rakan. Bersikap terbuka dan sentiasa berterus terang dalam semua perkara. Mera berasal dari keluarga yang miskin dan bercita cita untuk mengumpul wang sebagai penjamin masa depannya. Memiliki impian untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada ibu bapanya di kampung.
RUDY
Berusia awal 30an yang menjadi watak pemandu peribadi Kartika yang lucu serta kelakar. Rudy menjadi pemandu peribadi Kartika sejak dulu dan menajadikan mereka rakan yang rapat. Sasha yang merupakan wartawan hiburan terkemuka pernah menajadi teman istimewa Rudy. Sebagai rakan Kartika yang karib, Rudy amat memahami perasaan cinta Kartika terhadap Arman.
SASHA
Seorang wartawan hiburan yang selalu mengendalikan rancangan siaran langsung dan temuramah artis. Dia suka kepada gossip dan cerita unik yang rakan media lain tidak pernah terfikir untuk membuat liputan. Sejak awal kepulangan Kartika ke tanah air, Sasha sudah mengesyaki sesuatu, namun setelah mengetahuinya dia tidak tergamak untuk menjadikannya sebagai bahan berita untuk kepentingan diri. Bersifat ramah dan sentiasa berpakaian berjenama, Sasha juga seorang gadis yang cekap otaknya. Kebijakannya dalam menemuramah artis memudahkan urusannya dalam menghasilkan cerita hiburan yang sensasi dan menarik.
SISKA
Pengurus dan agen Kartika, berumur 27 tahun. Cekap dalam melaksanakan tugasnya dan menjadi teman rapat Kartika. Seorang wanita yang berpendirian tegas. Sentiasa melebihi Jay berbanding rakan-rakan lain kerana dia meminatinya. Siska sentiasa bersikap terbuka terhadap Kartika demi kebaikan kerana merasakan dia amat memahami Kartika. Siska mempunyai prasangka ketika Kartika memberitahu niatnya untuk melatih empat remaja kampung itu menjadi artis terkemuka.
ZACK
Seorang hamba seni yang bercita-cita tinggi dalam industri muzik. Mempergunakan Idayu untuk mencapai matlamatnya dalam merampas JIWA dan mengkhianati Kartika. Mahir dalam memperdayakan dan memutar belitkan sesuatu demi mendapatkan empat ahli JIWA menandatangi kontrak untuk bersamanya.