Bukan mudah bekerja dari rumah lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Di rumah pula ada anak-anak dan suami, pasti sedikit sebanyak proses bekerja ini terganggu. Sebelum ini pernah tular dengan beberapa video ketika siaran langsung dan mesyuarat yang menunjukkan ‘tetamu’ tidak diundang ke dalam rakaman. Biarpun secara tidak sengaja namun kemunculan ‘kelibat’ individu yang tidak sepatutnya itu telah menghiburkan orang ramai.
Terbaru satu lagi video wartawan live dari rumah yang disiarkan dalam sebuah rancangan berita tular apabila turut kelihatan kelibat suaminya di belakangnya. Dalam rakaman tersebut wartawan dari California bernama Melinda Meza itu sedang menunjukkan cara untuk memotong rambut sendiri di rumah.
Melinda bersiaran langsung dari dalam bilik air rumahnya dan tanpa disedari kelibat suaminya turut termasuk dalam siaran langsung tersebut. Rakaman secara langsung itu membuatkan penonton terkesima dengan kelibat suami wartawan sedang mandi di belakangnya.
Berikut adalah foto yang diambil dari video wartawan live dari rumah yang meraih perhatian ramai:
Adoi, harapnya selepas ini jika ada yang perlu bersiaran langsung perhatikan dulu sekeliling supaya insiden tidak diingini seperti ini tidak berlaku lagi.