Susulan itu Fiza, 40, atau nama sebenar Siti Nor Hafiza Kamarudin kini dirawat di Hospital Charing Cross.
Difahamkan, kejadian berlaku beberapa jam sebelum Fiza bersama keluarga berlepas pulang ke tanah air.
Sehubungan itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan Fiza.
Presidennya Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, inisiatif melancarkan tabung khas itu selepas mendapat persetujuan daripada suami Fiza iaitu Mohd Roshdi.
Fiza juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London. Dia, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.
Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaan beliau sendiri.
Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Maybank 5620 2169 1966 atas nama Mohammad Sudirman (Penolong Setiausaha WHAM).