in , , ,

Warna-Warna Suara Jadi Tema Anugerah Juara Lagu Ke-34

Sebagai permulaan tahun baharu, mempunyai semangat yang baharu, TV3 membuka langkah 2020 dengan Anugerah Juara Lagu 34! Setelah Muzik Muzik Separuh Akhir 34 melabuhkan tirainya November lalu, Anugerah Juara Lagu 34 hadir dengan tema ‘Warna-Warna Suara’ pada hari Ahad, 9 Februari 2020 kelak.

Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam. Pada malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton pada pukul 8 malam, atau pada pukul 8.30 malam di TV9.

Warna-Warna Suara Jadi Tema Anugerah Juara Lagu Ke-34

Anugerah Juara Lagu 34 Mengetengahkan Warna-Warna Suara Karyawan Tempatan

Semestinya pada malam AJL34 tersebut, 12 finalis yang telah dikenal pasti akan berentap demi gelaran Juara Lagu 34 ditemani oleh Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku hos untuk acara berprestij ini. 

Tajuk LaguPenyanyiKomposerPenulis Lirik
DramaDrama BandAepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Ku BersuaraErnie ZakriSyamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Anta PermanaBob YusofHael Husaini, Ezra Kong
SumpahAina Abdul
Lembah KesepianHaqiem RusliHaqiem Rusli, Ibnu & Gouffran
SumpahNaim DanielNaim Daniel & Omar KNaim Daniel
PenemanHazama The PenglipurlaraTam
DindaKugiran MasdoAli Sariah
BangunAman RANavigatorAman RA
Kisah Cinta KitaHafiz SuipIkhwan Fatanna, Ayden AliDatuk A. Aida
RagamanFairuz MisranFaizal Tahir, Mike Chan, RomeoFaizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan
RampasAkim & The MajistretHang Nadim, LaqBunga Cantik

Seperti tahun lalu, AJL34 juga akan menjual tiketnya melalui laman web https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30, bermula hari ini, 9 Januari 2020, pada pukul 9 malam. Para peminat AJL34 boleh dapatkan tiket AJL34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30). 

Warna-Warna Suara Jadi Tema Anugerah Juara Lagu Ke-34

Selain itu, peminat tegar finalis AJL34 turut berpeluang bertemu selebriti pujaan mereka sebelum tiba AJL34 di sebuah acara kolaborasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Januari 2020 di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti disediakan bersama kesemua finalis AJL34 dari pukul 5 petang hingga 10 malam. Antaranya persembahan khas dari para finalis, kemunculan maskot Ejen Ali dan Alif & Sofia, serta penjualan tiket AJL34. Istimewanya pembelian tiket di Showcase AJL34 ini adalah setiap pembelian tiket akan disertakan dengan sebuah hadiah misteri.

Warna-Warna Suara Jadi Tema Anugerah Juara Lagu Ke-34

AJL34 mendapat sokongan McDonald’s selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Juara Lagu sambil menikmati Hidangan Famili Mekdi.” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol pertama di Malaysia.

Kini boleh didapati di semua stesen PETRONAS di Lembah Klang. AJL 34 juga disokong oleh radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!

Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil dengan dapatkan tiket AJL34 di myticket.asia sebelum kehabisan tiket.

Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton. Gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya.

Warna-Warna Suara Jadi Tema Anugerah Juara Lagu Ke-34

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kaki Pancing Wanita Dalam Program REDAH AJE

HBO Six-Part Documentary Series Mcmillion$ Debuts 4 February Exclusively On HBO GO