Lagu ciptaan Ippo Hafiz itu dilagukan dengan cara tersendiri membuatkan ramai warganet memuji lenggok suara yang cukup lunak itu. Ramai yang mengatakan persembahan spontan itu cukup sempurna sepanjang rakaman berdurasi 48 saat berikut.
Walaupun sudah lama melabuhkan tirainya, tak dinafikan ‘7 Hari Mencintaiku 2’ adalah antara drama Melayu yang hangat tahun ini. Selain menaikkan nama barisan para pelakon siri tersebut, lagu tema ‘Aku Bidadari Syurgamu’ yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga terkena tempias sama. Bukan sahaja selalu dimainkan di corong radio hingga ke hari ini, malah di YouTube ia juga telah meraih lebih 8.5 juta views.
Sejak itu, ramai telah membuat cover terhadap lagu tersebut namun jarang sekali untuk dengar versi suara lelaki. Menerusi posting di Instagram miliknya, pemenang utama AJL ke-34 iaitu Naim Daniel telah membuktikan bakat suaranya dalam menyampaikan karya cipataan Ippo Hafiz tersebut. Walaupun cuma menyanyi di dalam kereta sambil memakai earphone sahaja, tapi suaranya yang cukup lunak itu nyata cukup sempurna sepanjang rakaman berdurasi 48 saat berikut.
Walaupun bukan nyanyian penuh, tapi klip video tersebut telah berjaya meraih lebih 120 ribu jumlah tontonan setakat ini. Di samping memuji suara dan penghayatannya ketika menyampaikan lagu tersebut, netizen juga memuji penampilan rambut panjang terkini Naim Daniel.
*Sumber: Erin Sakura & IG Naim Daniel