Pelakon Wardina Safiyyah menerusi posting di Instagramnya berkongsi kisah dan perbualan terakhir bersama arwah yang pernah meminta bantuan kewangan bagi membiayai kos perubatan di sana.
Wardina Pernah Bantu Benjy di Penjara
Wardina Safiyyah bersyukur dapat membantu dan tidak sisihkan pelakon, Allahyarham Benjy Ibrahim sewaktu arwah menghubunginya sebelum ini.
Turut terkesan dengan pemergian Benjy, Wardina mendedahkan dia sedih dengan kesusahan arwah menanggung deritanya sendirian dalam penjara.
“Memang waktu dia hubungi saya untuk bantuan, saya ada was-was sikit. Takut dia beli dadah. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warga negara.
“Tak banyak pun sebenarnya. Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar ikut masa, dia dibelasah. Dia sangat terdesak. Bukan mudah nak mengemis pada orang.
“Saya taklah terkilan sangat kerana saya dapat juga bantu Benjy dan tidak sisihkan dia,”
– Wardina Safiyyah
Benjy Tunjuk Bil Hospital
Wardina bersyukur kerana sempat membantu Benjy yang menghadapi masalah kewangan ketika dipenjara di Indonesia. Difahamkan, arwah Benjy sebelum ini menghubungi Wardina untuk meminta sedikit bantuan kewangan bagi membayar bil hospital.
Kongsi Wardina lagi, pihak hospital di negara itu tidak menanggung kos perubatan bagi individu yang bukan daripada warganegara Indonesia. Benjy juga pernah terpaksa meminjam wang rakan tahanan di sana untuk kos perubatan penyakitnya itu. Malangnya, jika tidak dibayar pada waktu yang telah dijanjikan, dia berkemungkinan besar akan dipukul oleh mereka.
Cebisan rasa Benjy dalam penjara. Dia menulisnya dengan begitu baik. Penguasaan bahasa Inggeris yang cemerlang. Itulah saya memilih untuk kekal mengingatinya. Kak Dina kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telemovie ‘Kepulangan’ arahan Subaimi Baba. Memang waktu dia contact Kak Dina untuk bantuan akak ada was-was sikit. Takut dia beli dadah.
Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warganegara. Tak banyak pun sebenarnya. Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar on time dia dibelasah. He was so desperate. Bukan mudah nak mengemis pada orang.
Wardina turut meluahkan rasa sedih di atas pemergian arwah Benjy di mana pada saat terakhirnya tiada keluarga tersayang di sisi. Pelakon sitkom Spanar Jaya itu berkongsi cebisan tulisan Benjy yang disifatkannya begitu menyentuh hati pembaca.
Kak Dina tak lah terkilan sangat kerana akak dapat juga bantu Benjy and didn’t shun him. That’s what he said ‘thank you for not shunning me like everyone else’. Sedihnya. He died alone without any of his family in another country. Moga Benjy tenang di sana.