Budiey nak ucapkan tahniah kepada selebriti popular, Wardina Safiyyah yang telah diumumkan sebagai duta produk tilam terbaru jenama Goodnite. Pengumuman telah dibuat di satu majlis pelancaran besar-besaran yang diadakan di Ballroom, Hotel Westin, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2014. Ternyata, Wardina sangat bertuah! Budiey turut menyaksikan pengumuman ini dan sempat merakam gambar dan video sekitar pelancaran.
Budiey kira, Goodnite tidak silap memilih kerana imej dan keterampilan Wardina begitu genius dan sesuai dengan jenama berkenaan di mana ia turut mempromosikan gaya hidup sihat dengan tidur yang lena dan cukup.
Sebelum menerima tawaran tersebut, dia meletakkan beberapa syarat kepada syarikat terbabit bersesuaian dengan imejnya seorang wanita berhijab.
“Saya pun pelik kenapa mereka mahu saya jadi duta kerana saya sudah lama tiada dalam industri seni ini. Saya sudah beritahu mereka bahawa saya tidak boleh bergambar dengan aksi yang menjolok mata dan berpakaian ketat seperti model tilam lain, namun mereka setuju dengan syarat tersebut.”
Menurut Wardina, ini adalah satu rezeki yang diberikan dan tak memakan masa yang lama untuk menerima. Baginya ini adalah satu rezeki juga untuk menampung pembelajarannya di Australia nanti. Penghijrahannya ke Australia juga tidak menjadi masalah untuk dia mempromosikan jenama tilam berkenaan.
Tahniah sekali lagi dari kami di Budiey.com