in ,

Drama Bersiri WARDEN STYLO Lakonan Adam Shahz & Nur Risteena

Seorang guru tidak seharusnya memilih jalan kekerasan dalam menyelesaikan masalah di sekolah sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih lembut tetapi tegas ketika menangani sesuatu situasi. Membawakan plot kisah pendekatan mendidik pelajar bermasalah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan drama bersiri “Warden Stylo” mulai 28 Ogos ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 10.00 pagi di TV1.

Mengisi slot Widuri, 13 episod komedi bersiri ini berlatarkan kisah di sebuah sekolah menengah yang melibatkan guru-guru dan murid-murid yang amat nakal arahan Al Bakri Harith dibintangi oleh Adam Shahz, Nur Risteena Munim, Haeriyanto Hassan, Kamarool Hj Yusof dan Zain Hamid.

antara babak pertelingkahan dalam kelas

Drama Bersiri WARDEN STYLO Lakonan Adam Shahz & Nur Risteena

Saksikan usaha seorang guru warden muda bernama Remy, diberi tanggungjawab untuk mengubah pelajar-pelajar asramanya menjadi pelajar yang lebih baik dari segi akademik, akhlak dan agama.

Asrama Victoria adalah sebuah asrama harian yang menempatkan pelajar-pelajar Sekolah Victoria yang berasal dari kampung yang rata-ratanya nakal dan malas untuk belajar. Remy yang juga merupakan bekas pelajar nakal di asrama itu, telah kembali ke asrama itu sebagai guru pengajar dan juga warden sandaran.

Di asrama itu ada tiga orang pelajar yang amat nakal dan digeruni oleh semua pelajar-pelajar terutamanya pelajar junior. Kenakalan 3 pelajar itu sungguh hebat sehinggakan semua pelajar lebih mengikuti arahan mereka daripada arahan guru sendiri. Tiga pelajar ini dikenali sebagai Faris a.k.a Bapak, Hisham a.k.a Musytar dan Saladin a.k.a Maharaja Zau.

antara babak dalam drama bersiri Warden Stylo

Pendekatan Didik Pelajar Bermasalah Dalam Drama Bersiri “Warden Stylo” di TV1

Ketika di asrama, ada saja kenakalan yang akan dilakukan oleh 3 pelajar ini seperti menyuruh pelajar junior membuat video klip karaoke di dalam dorm, meniru aksi komik kungfu, mengurut badan mereka sehingga ke pagi, dan pelbagai lagi kenakalan yang sukar diduga. Walaupun tiga pelajar nakal ini sering jadi mangsa hukuman Cikgu Zainuddin, tetapi hukuman hukuman itu langsung tidak menakutkan mereka malah kadang kala Cikgu Zainuddin pula yang kena sabotaj balik.




Apabila Remy menjadi guru pembimbing asrama itu, dia gunakan kaedah yang agak luar biasa iaitu melayan pelajar-pelajar itu seperti kawannya dan mendidik mereka dengan cara memberi mereka inspirasi untuk berjaya. Dia memberi penunjuk teladan kepada pelajar yang bahawa budak nakal dari kampung seperti dia juga boleh berjaya.

Kaedah Remy itu dapat tentangan daripada Cikgu Zainuddin tetapi ada juga yang suka. Antaranya ialah Cikgu Lia yang kagum melihat kesungguhan Remy untuk mengubah pelajar asrama Victoria menjadi pelajar kebanggaan sekolah. Cikgu Lia yang pada mulanya rasa kagum dan akhirnya mula jatuh hati dengan Remy. Akhirnya berkat kesabaran Remy, pelajar-pelajar Asrama Victoria berjaya di dalam peperiksaan mereka.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Adam Shah watak utama sebagai Cikgu Remy

Risteena Munim di lokasi penggambaran drama bersiri Warden Stylo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)

Cara Mudah Untuk Menang MTV BIG PASS!