Penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad tampil memohon maaf atas tindakan memuat naik video berunsur tak elok di Instagram (IG) semalam.
Artis berusia 31 itu dalam satu entri di media sosial berkata, tindakan memuat naik video tersebut adalah satu kesilapan yang berlaku akibat salah faham antara dia dan pembantu peribadinya bernama Syed.
“Saya Wanns Ahmad ingin memohon maaf di atas video review berunsur tak elok di IG saya semalam.
“Ia adalah satu kesilapan dek kerana miss communication (salah faham) antara saya dan PA, Syed.
“Saya berjanji ia tidak berulang lagi, terima kasih,â€
– Wanns Ahmad
Penyanyi lagu Terus Mencintaimu itu bagaimanapun telah segera memadam video tersebut dari IG bagi mengelakkan ia ditonton ramai dan menjadi tular.
Meninjau ruangan komen, beberapa netizen akui terkejut melihat perkongsian video yang dimaksudkan itu.