Pada pentas akhir GV6 minggu depan, enam peserta bakal bertarung iaitu Naqiu, Hady Mirza, Jatt, Sham Visa, Nur Fatima dan One Nation Emcees. Bertemakan ‘Road To Final’, pentas separuh akhir GV6 menyaksikan Wann mendendangkan dua lagu iaitu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan yang dipersembahkan bersama Zarul Umbrella.
Penyanyi Wann Rashidah seperti sudah menyangka penyingkirannya di konsert separuh akhir Gegar Vaganza 2019 (GV2019) semalam.
Menurut Wann, apa yang berlaku ada hikmahnya kerana dia yakin tidak mampu membawa genre rap seperti tugasan lagu-lagu konsert akhir yang diberikan.
“Sebenarnya saya memang dah jangka akan terkeluar malam ini sebab saya pun tahu kemampuan saya setakat mana,”
– Wann
“Lagipun saya rasa ada hikmahnya kerana kalau saya masuk sehingga ke final, saya pasti tidak tahu bagaimana kemampuan saya nanti kalau kena nyanyi rap untuk pusingan Battle.”
“Bagilah genre lagu apa apa sekalipun, InsyaAllah saya boleh bawa, tapi kalau rap memang saya tak tahu hasilnya macam mana sebab itu saya kata ada hikmah di sebalik penyingkiran ini,”
Dalam Separuh Akhir GV2019, Wann menyanyikan lagu Dua Insan duet dengan Zarul Umbrella serta lagu solo Ku Gembira Di Sampingmu.
Mengulas mengenai perancagannya selepas ini, Wann akui dia masih meneruskan bidang nyanyian.
“Selepas ini saya masih bernyanyi seperti biasa dan sekarang ini terlalu awal untuk saya beritahu perancangan lain selanjutnya,”
– Wann
Sementara itu, Noorshila Amin berharap penyingkirannya tidak akan membataskan rezekinya dalam bidang nyanyian selepas ini.
“Harapnya selepas ini, rezeki saya dalam bidang nyanyian akan lebih terbuka luas di samping saya akan meneruskan perniagaan rempah ratus yang sudah diusahakan sejak lima tahun lalu.
“Saya tak ralat (tersingkir) sebab ini adalah Gegar Vaganza, sebuah rancangan yang hebat tapi perancangan Allah lagi hebat,”
– Noorshila Amin
Noorshila pula berpadu suara dengan Ifa Raziah mendendangkan lagu Dialah Di Hati dan Kerna Terpaksa secara solo.
Semua peserta diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk M Nasir.
Sekali lagi penyanyi dari Singapura, Hady Mirza yang turut berduet dengan Dia Fadila menerusi lagu Kasih Tercipta diumum berada di tempat pertama sekali gus layak ke peringkat akhir.
Sementara Wann dan Noorshila Amin yang berada di dua kedudukan terbawah diumum tersingkir sekali gus gagal mara ke pusingan akhir.
Kategori Artis Cili Padi Paling Power pada minggu ini menjadi milik Hady Mirza.
Antara artis jemputan yang berduet dengan peserta adalah Dia Fadila, Zur Eda, Azmi Saat, Ifa Raziah, Noryn Aziz, Lan Solo, Kopratasa dan Zarul Husin.
GV 6 masih mengekalkan format pemarkahan 100 peratus daripada juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.
Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini.
Juara GV6 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi manakala naib juara menerima ganjaran RM50,000.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).