in ,

Wanita Sebar Foto Wajah Bayi Siti Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini tular wajah bayi yang dilahirkan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, mungkin ramai netizen terlalu teruja untuk berkongsi berita gembira itu.

Maklumlah selepas 11 tahun menanti rezeki bercahaya mata, akhirnya Siti, 39, melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama timangan, Fatimah Az-Zahra, awal pagi Isnin lalu di ibu negara, secara kaedah caesarean.

BABYCTDK

Bagaimanapun penularan foto anak perempuan artis tersebut ternyata amat dikesali suami Siti Nurhaliza, Datuk Sri Khalid Mohd. Jiwa, 59, yang meluahkan rasa terperanjat namun tidak menafikan ia memang wajah anaknya sendiri.

Kecoh dengan berita itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wan dan juga jurusolek sambilan berasa terkejut kerana tidak menyangka perkongsiannya tersebut mengundang kemarahan daripada ramai pihak.

Memetik sumber tempatan, dia mendapat gambar dan video itu secara kebetulan daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naiknya ke dalam laman sosial Facebook tanpa tahu ia bukan untuk disebarkan.

“Saya hanya berniat hendak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama.

“Malah, mereka mula mengecam saya. Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

“Saya terkejut dan tidak jangka perkara itu tular. Akhirnya, saya ambil keputusan memadam dan menyahaktifkan akaun Facebook saya buat sementara waktu. Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti. Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya.”

Menyedari akan tindakan khilaf dan silapnya itu, Wan dilaporka bersedia mahu berjumpa pihak keluarga Siti Nurhaliza serta ingin menjelaskan perkara yang sebenar kepada mereka sendiri.

Bagaimanapun, perkara sudah pun terjadi. Melihatkan perkara seperti ini, mungkin kita perlu selidik dahulu sebelum anda berkongsi sesuatu di media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BMW Group Malaysia Lancar Kereta BMW X2

Teaser: Ucapan Terima Kasih Siti Nurhaliza Buat Peminat Di IG