SEORANG wanita membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa seorang gadis berusia 18 tahun yang juga anak pasangan artis menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sehingga dia dan suami bercerai.
Wanita itu dikenali sebagai Umisya Mazlan memberitahu peluang sebanyak tiga kali yang diberikan kepada suami dan remaja berkenaan bagi mengakhiri hubungan mereka juga tidak diendahkan.
Umisya menerusi ciapan di laman X (Twitter) miliknya mendedahkan remaja itu juga pernah berjanji enggan mempunyai apa-apa hubungan dengan suaminya tetapi memungkiri janji itu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendedahkan butiran tempahan hotel yang memperlihatkan alamat e-mel remaja itu tertera dengan menempah sebuah studio apartment di Kuala Lumpur.
“Betul firasat isteri sangat tepat, bukan sekadar overthinking atau bersangka buruk. buruk. Allah tunjuk satu-satu bukti terbongkar. Alhamdulillah.
“Ini konon berjanji takkan ganggu lagi, tapi? Mungkir janji ya, depan keluarga kami. Tapi? Terkantoi lagi check in,” ciapnya.
Umisya turut memuat naik paparan skrin dipercayai perbualannya dengan remaja itu yang mengaku tidak dapat melupakan suaminya namun berjanji tidak akan mengganggu keharmonian rumah tangga mereka lagi.
Remaja itu turut memohon maaf kepada Umisya atas perbuatannya. Dalam pada itu, Umisya berkata, dia tidak menyangka remaja yang dipuji paras rupa ditambah dengan keluarga harmoni itu menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya
yang dibina sejak tiga tahun lalu. Remaja itu turut memohon maaf kepada Umisya atas perbuatannya. Dalam pada itu, Umisya berkata, dia tidak menyangka remaja yang dipuji paras rupa ditambah dengan keluarga harmoni itu menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya yang dibina sejak tiga tahun lalu.
Umisya turut kessal tindakan anak aktor berbadan sasa itu turut menjadi punca dua anaknya hilang kasih sayang daripada bapa mereka.
“Tujuh tahun perkenalan, tiga tahun kahwin.. Datangnya orang ketiga, hancur semuanya. Semoga Allah balas segala kejahatan yang telah kau buat,” Iuahnya.
Sementara itu, Ibu remaja berkenaan menerusi Instastory miliknya pula memberitahu akan tampil menjelaskan isu tersebut.
Untuk rekod ibu dan bapa pasangan artis itu sudah berpisah dan sudah berkahwin lain.