in , ,

Wani Kayrie Nafi Bertunang dengan Afieq Shazwan

“Itu bukan majlis pertunangan kami, sebaliknya kakak Afieq yang bertunang. Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi salah faham,” kata penyanyi, Wani Kayrie.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan itu berkata, dia terpaksa membuat penjelasan bagi mengelakkan timbul salah faham kerana hubungannya dengan Afieq Shazwan masih lagi sekadar ‘teman tapi mesra’.

Wani Kayrie Nafi Bertunang dengan Afieq Shazwan

“Saya tahu ramai yang salah faham dan menyangka kami sudah bertunang. Kami belum ada apa-apa ikatan, malah tiada majlis sarung cincin atau menghantar tanda seperti yang disangka ramai.

“Saya hanya hadir memeriahkan rumah terbuka keluarga Afieq yang diadakan serentak dengan majlis pertunangan kakaknya,”

– Wani Kayrie

Penyanyi itu juga menegaskan, dia masih belum bertudung, sebaliknya berpakaian menutup aurat bagi menghormati majlis yang dihadirinya.

“Saya bertudung untuk menghormati majlis. Doakan yang baik -baik, siapa tahu nanti hidayah datang untuk saya bertudung,”

– Wani Kayrie

Hubungan penyanyi itu dengan Afieq yang popular menerusi lagu Darjat dan Seandainya bukan lagi rahsia kerana mereka sudah lama berkenalan, tetapi hanya rapat selepas sama-sama menyertai program realiti, Big Stage, tahun lalu.

“Kami sudah kenal antara satu sama lain sejak kecil apabila saya menyertai program Bintang Kecil terbitan RTM, manakala Afieq pula menjadi pengacara.

“Selepas itu, hubungan kami terputus dan kembali bertemu dalam majlis anjuran sebuah stesen radio. Hubungan kami semakin rapat selepas sama-sama menyertai program Big Stage. Dia teman tapi mesra buat saya,”

– Wani Kayrie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas 3 Tahun Menduda, Ally Iskandar Kahwin dengan Gadis Temerloh

J RETRIBUSI Filem Pertama Yang Mencabar Amelia Henderson