Penyanyi, pelakon serta pengacara muda berbakat besar yang telah berkecimpung dalam industri seni tanah air sedekad lamanya dan merupakan juara program pertandingan nyanyian Kamilah Bintang pada tahun 2010, Syazwani Abdullah atau lebih terkenal dengan nama pentasnya Wani Kayrie tampil dengan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul ‘Jangan Terlepas Pandang’ hasil ciptaan komposer terkenal negara, MFMF dan Asyraf Nasir.
“Akhirnya penantian menghasilkan single bersama Rocketfuel tercapai jua. Syukur dan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kerana diberikan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel sekaligus tampil dengan lagu baru,†katanya.
Wani yang pernah mengharumkan nama negara sewaktu bertanding di World Championship of Performing Arts (WCOPA) pada tahun 2012 di Hollywood, California, Amerika Syarikat dengan memenangi 1 pingat emas, 2 pingat perak, 1 pingat gangsa serta Hollywood Industry Award, sememangnya seorang penyanyi yang kental dan tidak kenal erti kalah.
“Mungkin masih ramai di luar sana yang kurang mengenali nama Wani Kayrie, namun sebagai anak seni itu sedikitpun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.
“Jangan Terlepas Pandang adalah suara hati saya. Setelah lebih dari 10 tahun bergiat aktif dalam bidang seni tanah air, saya lebih matang dalam berpendirian. Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan. Namun, saya masih lagi berharap untuk menjadi bintang utama dan tak dilepas pandang,†katanya.
Single bergenre pop dansa ini adalah gabungan idea kreatif di antara komposer MFMF dan juga Asyraf Nasir yang mahukan kelainan buat Wani agar keluar dari zon selesanya dan tampil dengan sesuatu yang baharu.
Terang MFMF, “Apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu ini kepada pendengar adalah sebuah kenyataan bahawasanya masa Wani untuk menyinar telah tiba. Ia menceritakan tentang semangat beliau dalam menonjolkan bakat dan kemampuan dirinya, serta bagaimana beliau mengatasi rintangan yang dihadapi apabila merasa tewas.
“Selain itu, mesej yang terdapat dalam lagu ini juga adalah sebagai pembakar semangat bagi setiap individu di luar sana yang ingin membuktikan diri mereka kepada semua orang bahawa mereka mampu mencapai lebih daripada apa yang disangkakan jika sentiasa bekerja keras dan tak berputus asa.
Pemenang tempat keempat pertandingan realiti TV Big Stage 2018 serta Dansa Dan Sing 2020 yang mengidolakan penyanyi antarabangsa seperti Beyonce, Jessie dan Agnez Mo ini percaya bahawa sebagai penyanyi wanita seseorang perlu ada sifat kendiri dan semangat juang seperti yang ditonjolkan oleh penyanyi-penyanyi hebat ini.
“Saya kagum dengan mereka dan menjadikan mereka sebagai inspirasi saya kerana semangat women’s empowerment yang dipamerkan setiap kali beraksi di pentas. Mereka buka sahaja penyanyi bahkan penghibur serba boleh dan sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali membuat persembahan dengan idea di luar kotak.
“Ibu saya iaitu Mama Kay merupakan pendorong utama dalam kerjaya seni saya. Saya kagum dengan semangat mama sebagai seorang wanita yang cekal kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah mama lakukan demi kerjaya saya,†katanya.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung di seluruh negara sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap proses rakaman yang sepatutnya dijalankan di studio MFMF.
Terang MFMF lagi, “Kami terpaksa melakukan kerja-kerja penggubahan lagu Jangan Terlepas Pandang secara online kerana negara masih lagi berada dalam tempoh PKP. Proses rakaman juga terpaksa dikendalikan tanpa bersemuka dengan pihak artis dan label.
“Walaupun proses rakaman secara online ini merupakan pengalaman baru buat Wani, ini tidak menjejaskan persembahan serta mutu vokal beliau. Kami amat bersyukur diatas pertolongan dan sokongan daripada pihak Rocketfuel dan juga sifat profesionalisme Wani dalam memastikan seluruh proses rakaman berjalan dengan lancar dan dalam masa yang singkat.
Menurut Encik Jipie, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment, “Wani adalah seorang artis muda yang berpengalaman. Bakatnya yang telah digilap sejak dari kecil banyak memberi impak terhadap mutu nyanyian dan persembahan vokalnya.
“Semoga dengan pelancaran single ini dapat melonjakkan lagi nama Wani Kayrie dan membuka mata semua orang yang mendengarnya.
Wani menambah, “Saya berharap agar single Jangan Terlepas Pandang ini dapat diterima ramai. Dan buat sesiapa yang mendengarnya, percaya dengan kebolehan diri sendiri dan jangan takut mencuba perkara baru dalam hidup, jangan mudah berputus asa dan jangan jadikan kritikan orang luar dalam menjatuhkan kredibiliti kita.â€
Lagu ‘Jangan Terlepas Pandang’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video muzik (MV) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
LIRIK JANGAN TERLEPAS PANDANG
Artis : Wani Kayrie
Penulis Lirik : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir
Komposer : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir
Terbitan : Rocketfuel Records, Warner Chappell Music & Universal Music Publishing
(Intro)
Pada waktu dulu aku berserah
Walaupun sekelilingku tak sedar
Malah ku tak peduli
Masih lagi di sini
Semua pasti terjadi
Jangan terlepas pandang
(Verse)
Sampai bila harus ku menunggu lagi
Sungguh nyata bukan mudah tuk mengubah persepsi
I’m gonna be who I wanna be
Nak senang bukan sehari
Sila ambil perhatian
I’m making history
(Pre-chorus)
Ternyata aku juga pernah buat salah
Berkali-kali aku dibelakangi tetapi
Aku tidak peduli
Masih lagi di sini
Semua pasti terjadi
Jangan terlepas pandang
(Rap verse)
Perjalanan tiada henti
Sudah lama ku menanti
To the top yeah, itu pasti
Angan-angan mampu jadi realiti
Aku, kamu, kita, kami bintang
Laku, laju, pasti, takkan hilang
Hidupku warna WANI
Buat sepenuh hati
(Bridge)
Ku, tahu
Jauh mana tak lupa mana asalku
Janji pada mama
Reach for the stars
Near or far
Aha!