WANI JUARA KAMILAH BINTANG!
Hasil usaha yang sungguh-sungguh dan keazaman untuk menjadi juara yang kuat telah menjadikan impian Syazwani binti Sapari (10 tahun) atau lebih selesa dengan gelaran Wani menjadi kenyataan apabila beliau menjadi juara sulung bagi program pertandingan nyanyian berbentuk realiti yang pertama ditayangkan di Astro Ceria, Kamilah Bintang.
Wani berjaya membawa pulang hadiah utama tabung pendidikan bernilai RM15,00, pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast untuk sekeluarga (empat orang; dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan, sebuah komputer riba berjenama VAIO™, dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.
Faisal terpaksa dengan keputusan yang sengit dan mendapat tempat kedua sementara, Farhan mendapat tempat ketiga. Walau bagaimanapun, persembahan dari Dayang, Qistina dan Aiman tidak mengecewakan dan mendapat sambutan penonton.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Puan Evon Koh berkata, “Astro Ceria sangat berbangga dengan pencapaian kesemua peserta Kamilah Bintang. Mereka telah menunjukkan potensi yang amat membanggakan sepanjang berada dalam program ini. Kualiti nyanyian dan persembahan pentas mahupun tahap keyakinan mereka jauh telah meningkat berbanding kali pertama membuat persembahan di pentas Kamilah Bintang enam minggu lalu.
”Kami juga amat berterima kasih kepada ikon-ikon muzik tanah air seperti Amy Search, Kumpulan Hujan, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin yang telah berkongsi pengalaman luas mereka dalam bidang seni kepada bintang muda ini. Kehadiran mereka telah meningkatkan motivasi dan menjana daya kreativiti para peserta untuk mengembangkan bakat terpendam dan potensi yang ada dalam diri mereka.”
Pada Konsert Akhir Kamilah Bintang turut menampilkan kesemua ‘starguide’ membuat persembahan. Aizat tampil dengan lagu Susun Silangkata, Farah Asyikin dengan Kembali Lagi Disisimu, Hujang dengan Pagi Yang Gelap, Stacy dengan Jahat dan Amy Search dengan lagu Gemuruh. Manakala Jaclyn Victor menjadi penyanyi jemputan dengan menyanyikan lagu hitsnya, Gemilang.
Kamilah Bintang yang diacarakan oleh Zoey dan Nora Danish ini merupakan pertandingan nyanyian sewaktu musim cuti sekolah yang julung kali ditayangkan di Astro Ceria dan merupakan satu-satunya program realiti di Malaysia yang tidak menyingkirkan pesertanya. Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan bersiaran termasuk konsert akhir.
SENARAI HADIAH (UNTUK SEKOLAH)
Minggu 1
Peralatan muzik untuk kegunaan sekolah yang terdiri daripada:
• Sebuah keyboard berjenama Yamaha
• Sebuah gitar berjenama Ibanez
• Sebuah set dram berjenama Yamaha
• Sebuah bass berjenama Ibanez
• Kelengkapan sistem audio termasuk mikrofon
Minggu 2
• Tiga buah penyaman udara untuk kegunaan perpustakaan.
• Kelengkapan koleksi buku premium dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Minggu 3
• Kelengkapan sukan sekolah berjenama antarabangsa
Minggu 4
• Pembiayaan ubahsuai untuk hiasan dalaman kantin sekolah
Minggu 5
• Sebuah televisyen LCD definisi tinggi HD / 3D
SENARAI HADIAH (UNTUK INDIVIDU)
JUARA
• Tabung pendidikan bernilai RM15,000.
• Pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan
• Sebuah computer riba berjenama VAIO™
• Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas
• Sebuah Ipod Shuffle
NAIB JUARA
• Tabung pendidikan bermilai RM10,000
• Pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan
• Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas
• Sebuah Ipod Shuffle
KETIGA
• Tabung pendidikan bernilai RM5,000
• Pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan
• Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas
• Sebuah Ipod Suffle
KEEMPAT, KELIMA DAN KEENAM
• Dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas
• Sebuah Ipod Shuffle
Evon turut menambah, ”Kami juga berbangga kerana telah mengisi masa lapang anak-anak muda ini sepanjang cuti sekolah dengan aktitiviti yang berfaedah. Pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada dalam program ini amat berguna setelah kembali ke sekolah nanti. Selain dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan, keyakinan dan motivasi yang diperoleh untuk membuat persembahan bolehlah disalurkan pula ke arah tumpuan pelajaran mereka selepas ini.
Program Kamilah Bintang bukan sahaja telah menyediakan platform untuk para peserta menunjukkan bakat terpendam tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk berbakti dan menyumbang kepada sekolah masing-masing. Pelbagai habuan menarik telah disumbangkan oleh para peserta kepada sekolah mereka setelah berjaya mengumpul markah tertinggi untuk persembahan mingguan.
”Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada tiga orang juri tetap iaitu Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, Syafizawati Sharif atau Cikgu Syafi dan Adibah Noor yang telah melaksanakan tugas dengan amat baik. Mereka telah memberikan banyak tunjuk ajar terutamanya daripada aspek kualiti vokal, keaslian dan kreativiti, mutu persembahan dan pemilihan lagu yang sesuai”, tambah Evon.