Sebentar tadi, usahawan kosmetik terkenal itu telah tampil membuat sidang media untuk memberi penjelasan mengenai kontroversi berkenaan.
Dimasukkan ke hospital
Namun begitu, menerusi beberapa perkongsiaan yang tular di Instagram sejak pagi, gadis yang dikenali sebagai Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira, 23 telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya apabila mengadu sesak nafas.
Dalam pemantaun doktor
Menerusi Astro Gempak, merujuk kepada beberapa sumber yang tular di Instagram dan wakil Wani dikenali sebagai Aisyah telah memaklumkan bahawa gadis tersebut mengalami sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.
Selain itu, gadis terbabit juga berada dalam pemantauan doktor ketika ini selepas disahkan mengalami jangkitan pada paru-parunya.
“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hospital. Saya teman Wani sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani.”
“Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.”
“Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas pembedahan dilakukan.” Kata wakil Wani kepada sumber.
Diakhir perbualan tersebut, wakil Wani yang dikenali sebagai Aisyah itu telah memohon kepada orang ramai agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Wani yang sekarang berada di dalam wad dan sedang menerima rawatan.
Terdahulu, Wani Comel telah membuat sidang media bersama peguamnya selepas merasakan dirinya ditipu dan diperguna oleh usahawan terkenal selepas melakukan pembedahan memotong usus bagi tujuan merawat obesiti yang dialaminya.