in ,

Wangian Terbaru Dari David Beckham Khas Untuk Kaum Lelaki

Apa yang menjadikan seorang lelaki – gaya, keyakinan, bercita-cita, rasa belas kasihan atau keluarganya? Ikon global dan berkemungkinan lelaki paling segak dan rapi di dunia, David Beckham semestinya mewakili semua ini dan lebih lagi. Yang pasti, bukanlah sesuatu yang mengejutkan di mana ramai lelaki biasa mendapatkan inspirasi dari Beckham hasil kejayaan serta pegangan dalam hidupnya. 

6. L-R  Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry, Faeez Fadhililah posing with their David Beckham Fragrance of choice

Direka khas oleh syarikat pereka minyak wangi mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss) serta David Beckham sendiri, wangian David Beckham membuat kemunculan sulungnya di Malaysia hadir dengan empat aroma yang berbeza * untuk disesuaikan dengan kepelbagaian aspek peribadi David Beckham – sama ada ketika dirinya bersama keluarga, bergaul dengan rakan-rakan, membina empayarnya yang berbilion dolar atau menerusi peranan yang tidak dapat dipisahkan, iaitu sebagai bintang bola sepak handalan. Rangkaian ini terdiri daripada: Instinct, Homme, Respect dan Classic.

5. L-R  Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry, Faeez Fadhililah showcasing the 4 distinct fragrances by David Beckham - Instinct, Homme, Respect and Classic

Wangian David Beckham direka untuk memberikan inspirasi kepada semua kaum lelaki untuk lebih tekad dalam mengejar cita-cita dan impian, mengubah diri mereka untuk menjadi lebih yakin dengan visi diri mereka yang lebih baik.

Kempen yang bertemakan Suit Up ini dirangka bagi menggalakan semua lelaki di Malaysia untuk melihat ke dalam jiwa mereka, cara untuk meningkatkan keupayaan diri sama ada menerusi kerjaya, gaya, perhubungan mahupun sukan.

4. L-R Jonathan Fu, Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry, Faeez Fadhililah and Beatrice Ting at the David Beckham Fragrances Launch

“Kejayaan seorang lelaki bukan diukur dengan apa yang tersedia ada, tetapi apa yang diusahakan sendiri.

Tidak kira siapa diri kita atau apa yang kita lakukan, kita boleh mengambil semua langkah untuk berbicara dengan lebih baik, berpakaian sewajarnya, dan meluangkan sedikit masa untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan diri.

Itulah sebabnya kami hadir dengan tema Suit Up bersama David Beckham apabila melancarkan rangkaian wangian eksklusif ini di Malaysia.

Kami mahu setiap lelaki di Malaysia untuk menyedari akan potensi diri dengan wangian David Beckham seterusnya menggalakkan mereka untuk ‘Suit Up‘ untuk setiap saat dan situasi yang penting dalam kehidupan mereka,”

– Jonathan Fu, Senior Marketing Manager, Southeast Asia & Distributor Market.  
3. L-R Jonathan Fu and Beatrice Ting from Coty International with David Beckham Instinct

Antara lelaki berinspirasi di Malaysia yang Suit Up dengan keyakinan untuk setiap hari serta antara yang pertama menggunakan wangian David Beckham di Malaysia adalah: 

  • Azwan Kombos – Ketua keluarga dan pelakon ini menggunakan David Beckham Instinct. Azwan mencerminkan gaya bersahaja dan keperibadian seorang lelaki moden yang sibuk membina kerjaya, tetapi masih komited sebagai seorang bapa yang setia berbakti untuk keluarganya, beliau juga suami kepada isteri pelakon, Ezzaty Abdullah.
  • Ryzal Jaafar – ‘Sahabat baik anda’, seorang pelakon dan pencetus trend popular ini memilih wangian David Beckham Homme kerana ia mencerminkan rasa unik dan gaya keperibadian diri Ryzal. Dikenali dengan rasa fesyennya yang eksentrik, sentiasa menonjolkan kenyataan tersendiri apabila berfesyen. Mempunyai hubungan yang rapat bersama peminat yang mengilai penampilan kontemporarinya – bukti nyata bahawa setiap orang mampu untuk memiliki dan mempunyai gaya peribadi sendiri.
  • Ikmal Amry – Penggemar sukan bola sepak, seorang model dan pelakon ini terinspirasi dari David Beckham Respect kerana aromanya boleh dikaitkan dengan dirinya. Sama ada ketika menjaringkan gol bersama kelab di padang atau percubaan untuk berjuang dalam industri hiburan tempatan – Saling menghormati adalah nilai yang dihargai oleh semua orang.
  • Faeez Fadhililah – Usahawan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengembara ini tidak asing lagi di mata orang awam. Tersenarai dalam Forbes ’30 Under 30 pada tahun 2016, Faeez mencetuskan ilham buat para golongan profesional muda di seluruh rantau ini dengan persona serta kepintarannya dalam perniagaan. Aksesori wajib lagi terkini dimiliki  Faeez adalah aroma David Beckham Classic yang membantu dirinya bergaya dengan sentuhan peribadinya sendiri.

Bagi menandakan kemunculan sulung David Beckham Fragrances di Malaysia, semua lelaki di Malaysia digalakkan untuk Suit Up dengan David Beckham menerusi cabaran #SuitUpChallenge.

Untuk ini, mereka hanya perlu memuat naik gambar SEBELUM dan SELEPAS ‘Suit-Up‘ mereka sendiri ke akaun media sosial dengan tanda pagar #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti tanda pagar #SuitUpMY kami.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai David Beckham Fragrances, sila layari https://www.beckham-fragrances.com/.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GFriend Kasi Kejutan Mahu Nyanyi Lagu Melayu untuk Konsert di Malaysia

Mawar Akui Jumpa Peguam, Minta Henti Spekulasi Hubungan Dengan Fizo Omar