Selain daripada wang tunai sebagai hadiah utama, pemenang akan turut membawa pulang sebuah hamper tajaan Mydin. Kesemua finalis ini merupakan pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga menerusi pertandingan KiraOke Suria yang dianjurkan di empat lokasi konsert Karisma Jelajah Suria pada September lepas.
Nur Hazikah Hanafi, Rosiah Baharuddin dan Nabilah Mohammad merupakan peserta yang mewakili Zon Tengah manakala Zon Utara diwakili oleh Muhammad Hanizam Azman, Noor Intan Bt Ishak dan Muhammad Hafiz bin Mohd Jamal. Zon Selatan pula diwakili oleh Amir Sidiq Bin Khairi, Shazzana Binti Samah dan Nur Farhana Binti Zaidi dan Zon Pantai Timur diwakili oleh Suzana binti Mohammad Akhiyar, Khairulanwar Bin A Shukor dan Nor Umairah Izzati bt Mohd.
Persembahan peserta akan dinilai dari segi kelancaran nyanyian dan kreativiti gaya persembahan. Sistem permarkahan pula adalah 100% daripada penilaian juri jemputan yang terdiri daripada artis popular seperti Ernie Zakri, Amylea, Hazama dan Eddie Hamid.
Pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menyaksikan kesemua 12 peserta ini bertanding malah dapat turut berhibur bersama persembahan daripada penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta artis jemputan Ernie Zakri, Amylea dan Hazama.
Peminat dan pengunjung juga boleh mendapatkan cenderahati eksklusif Suria di Kedai Suria yang menawarkan harga promosi bagi cenderahati Suria seperti t-shirt, payung dan topi.
Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi pertandingan akhir KiraOke Suria di Mydin Seremban 2, dapatkan ‘Live Update’ menerusi media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia.