Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, kejadian itu disedari penolong pengurus kedai terbabit sekitar jam 8 pagi selepas mendapati peti besi yang berisi wang hasil jualan telah lesap.
Jelas Shafa’aton, pemeriksaan mendapati tingkap di bahagian tandas telah terbuka. Pada masa yang sama, besi penutup tingkap yang ditanggalkan turut ditemukan di premis itu.
“Penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan dua lelaki bertopi keledar menceroboh masuk ke dalam premis.
Siasatan awal turut mengesan lima cap jari di lokasi kejadian. Usaha memburu suspek masih giat dijalankan,”
– Superintendan Shafa’aton Abu Bakar
Memetik laporan media, jumlah kerugian dianggarkan RM4,463.62 di mana ia membabitkan wang tunai RM3,600 selain pelbagai barangan seperti susu bayi dan juga coklat.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, pendakwah bebas itu memberitahu tujuannya membuka pasar raya dengan harga barang paling murah adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.