Pelakon Wan Sharmila berkata dia tidak mengambil serius usikan netizen yang cuba menjodohkannya dengan Shuib Sepahtu selepas dia memanggil ibu kepada pelawak itu ‘Mama’.
Memetik Utusan Online, Wan Sharmila berkata ibu Shuib sendiri yang mahu dirinya dipanggil Mama dan dia berbuat demikian sebagai tanda hormat.
Dalam pada itu, ditanya mengenai status dirinya sekarang, Wan Sharmila berkata dia masih belum berpunya.