Akhirnya, Wan Raja dipilih untuk pegang watak Ghaus dan Arja Lee pula sebagai Ruby untuk filem kontroversi, Dot Dot Dot Dalam Botol (Kata ‘Anu’ kena potong sebab bunyi macam lucah kot).
Ini dia Arja Lee. Muka dia sangat familiar. Tapi sekarang dah tukar nama. Nama lama: Azharuddin Ramli. Kalau korang masih ingat. Dia ni dulu pernah jadi ahli grup Equal Star untuk bertanding dalam Gangstarz musim pertama. Susuk tubuh dia ada muscle dan kurus ni boleh ke jadi Mak Nyah? Kalau ditukar kepada bentuk badan perempuan, macamana la pula bentuknya? Mmmm…. tengok je la nanti camna. 🙂
Ini dia pelakon yang akan jadi Ghaus, boyfriend kepada Ruby. Macho dan maskulin~!
Kefli, bintang Akademi Fantasia 3 juga dicalonkan tapi tak menang undian. Kalau tak silap, Kefli pernah berlakon watak Mak Nyah dulu kan?
Apa-apa pun, tahniah la kepada kedua pelakon ni sebab bukan senang nak terpilih. Diorang ni dapat undian SMS tertinggi yang dibuat secara online dari 27 Julai hingga 17 Ogos lalu.
Nama ditapis dari 3 ribu orang dan dishortlisted menjadi 6 orang pelakon. Tiga untuk watak Ghaus (lelaki) iaitu Norman Hakim, Fauzi Nawawi dan Wan Raja. Manakala tiga lagi yang tersenarai untuk merebut watak Ruby (perempuan) ialah Adi Putra, Kefli AF3 dan Arja Lee.
Untuk watak Ruby tu kira susah gak tu. Nak jadi lelaki kemudian jadi perempuan selepas buat pembedahan. Kemudian, kena main emosi sikit selepas kena tinggal oleh kekasih. Sila baca sinopsis kat bawah ye.
Bakal menantu Raja Azmi, Shadan Hashim
Kecoh jap bila ada timbul masalah bila Shadan Hashim (dulu dia ni pernah arah Haru Biru dan Cinta 200 Ela) tak nak jadi pengarah filem ni. Ada yang kata Shadan gaduh dengan Raja Azmi sebab isu payment.
Sebenarnya, Shadan tarik diri sebab subjek filem ini yang menceritakan tentang isu gay dan homoseksual, benda yang sangat taboo orang kita. Shadan bukannya pakar dalam isu ini walaupun kajian boleh dibuat. Kalau salah buat, nanti timbul isu lain pula. Nak bikin filem pun kena pilih jugak bukannya pakai hentam aje.
Budiey nak ucap tahniah buat Shadan yang akan bertunang dengan anak Raja Azmi, Puteri Suraya pada 9 September ini di Ulu Klang jam 5.30 petang. Bertunang dalam puasa ek, ambil berkat orang kata.
Jadi, Raja Azmi kena cari pengarah baru untuk filem nih. Siapa dia? Dalam hot list sekarang ialah Osman Ali dan Nasir Jani. Kalau Budiey jadi Raja Azmi, Budiey akan pilih Osman Ali sebab pengarah Bukak Api ni lebih kreatif dan nampak filem Osman sebelum ni pun memang gempak. Contohnya, Anak Halal yang mendapat tempat di hati peminat.
Apa-apa pun good luck buat semua ~!
Wajib Baca Sinopsis:
Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina.
Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby dari hidupnya. Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi. Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.
Filem ni pasti BEST~ itu mungkin dikatakan oleh mereka~
Kontroversi~