Kalau minggu lepas, ALLY berbicara tentang Lawak Malaysia, untuk rakaman episod ke-7 siri ‘ALLY’ pada minggu ini, penonton akan dibawa untuk membincangkan topik menarik yang pastinya menjadi kegemaran ramai iaitu “Cinta”. Artis jemputan selaku panel perbincangan kali ini ialah pelakon sensasi terkenal Juliana Aziz dan pelakon Wan Norazlin. Mesti tengok nih. Bersesuaian bulan meraikan kekasih kot… topik cinta memang menarik diperkatakan. Betul tak?
Tarikh : 11 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam
Program ‘ALLY’ kini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dengan jumlah penonton yang semakin bertambah setiap minggu, siri bual-bicara santai yang ke udara setiap Rabu, jam 11.00 malam ini sedia membicarakan tentang pelbagai isu kehidupan termasuklah sosial, pendidikan, hiburan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.
Sering putus cinta tapi cepat dapat kekasih baru.